Lelaki Ini Kongsikan Langkah Mudah Untuk Keluarkan Wang I-Lestari Dari Akaun 2 KWSP
Selamat mencuba!
Cover image via soyacincauPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP
Image via nst
Menurut Muhyiddin, ia adalah salah satu inisiatif yang dibuat kerajaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi negara ketika ini.
Bagaimanapun, pengeluaran KWSP Akaun 2 ini hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang individu itu mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun dan had maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM500 sahaja.
Namun bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda boleh membuat pendaftaran dengan segera.

