Kisah Suami Yang Tabah Menjaga Si Isteri Penghidap ‘Mental Disorder’ Ini Harus Dikagumi

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental bukanlah satu perkara yang mudah untuk diuruskan. Ini kerana tindak tanduk pesakit mental tidak mudah dijangka.

Begitulah yang dialami oleh seorang suami apabila memperisterikan seseorang yang mengalami *mental disorder* yang serius.

Pengguna Facebook, Sharul Nizam Ab Rahim dalam satu *post* di laman tersebut berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau sepanjang berkahwin dengan isterinya itu. Menurutnya, usia perkahwinannya itu baru mencecah 8 bulan, tetapi sudah begitu banyak dugaan yang dilaluinya.

Katanya, sekiranya isterinya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti untuk dilakukan, isterinya akan didatangi Kepercayaan Palsu (Delusion) dan Halusinasi (Hallucination).

Halusinasi.

Image via hellosehat.com

Bagi Sharul Nizam, kebanyakan orang kita terutama orang-orang Melayu suka menyorokkan, menafikan dan malu dengan pengidap psikiatri. Katanya, dia perlukan sokongan orang awam untuk mengurus isterinya itu.

Kami doakan agar saudara Sharul terus kuat dan semoga rakyat Malaysia sama-sama menghapuskan stigma terhadap mereka yang mempunyai gangguan mental seperti isterinya. <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: