*Tapi saya istighfar dan berusaha membuat fact finding sendiri kenapa benda ini boleh berlaku, dan saya mendapati beberapa perkara:
1) Penempatan di Mina bukan diuruskan Tabung Haji, tetapi oleh organisasi The Establishment of Motawifs of South East Asia Pilgrims yang dikenali secara mudah sebagai Muasasah Asia Tenggara.
2) Kuota Haji Malaysia 2013 – 2016 adalah 22,230 orang setahun.
3) Namun tahun ini, atas hubungan yang makin erat antara Kerajaan Saudi dan Malaysia, pada mulanya kuota ditambah kepada 30,200.
Justeru, persiapan adalah diusahakan Tabung Haji dan Muasassah Asia Tenggara untuk memenuhi jemaah berjumlah 30,200 orang.
4) Pada saat akhir, Raja Salman berkenan untuk memberi kuota tambahan untuk mengerjakan haji dan sejumlah 12,000 tempat lagi diberikan pada Malaysia menjadikan total 42,200. Pertambahan sebanyak 19,920 tempat! Hampir 100 peratus dari kuota tahun – tahun sebelumnya!
Peningkatan mengejut ini, membolehkan Tabung Haji untuk mengeluarkan surat tawaran haji tambahan. Penerbangan akhir yang dijadualkan pada asalnya 24 Ogos menjadi 28 Ogos. Cuma adjustment sukar dibuat di Arafah, Muzdalifah dan Mina kerana faktor tempat. Jemaah makin bertambah, tetapi ruang kawasan itu sangat terhad kerana kawasannya telah ditetapkan syariah. Dan dalam masa suntuk, tak banyak adjustment boleh dibuat. Kebanyakan kami di dalam trip KT80 ini baru menerima surat beberapa hari sebelum terbang.
Dan antara penerima manfaat dari pertambahan kuota saat akhir ini adalah saya sendiri. Kalau tidak kerana pertambahan ini, mungkin saya juga tidak akan menerima panggilan haji tahun ini.*