‘Gordon University Tak Wujud!’ – Lelaki Ini Bongkar Satu Persatu Info Ph.D Azizan Osman
Macam-macam terbongkar!
Cover image via SAYSViral baru-baru ini apabila status 'Doktor' yang dimiliki oleh mentor usahawan terkenal, Azizan Osman dilaporkan dari Universiti Malaya (UM) adalah palsu. Perkara itu diakui oleh pihak UM sendiri pada 29 September lalu.
Image via University of Malaya/Facebook
Baca laporan penuh di [SINI.](http://says.com/my/seismik/um-nafi-pernah-beri-gelaran-ijazah-kehormat-doktor-keusahawanan-kepada-azizan-osman)
Nampaknya isu tersebut masih diperkatakan hingga ke hari ini dan disebabkan itu pihak Azizan Osman atau Richworks Group telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam
Image via Azizan Osman/Facebook
Bagaimanapun, setelah kenyataan rasmi itu dibuat, satu lagi perkara terbongkar apabila seorang individu membuktikan bahawa Gordon University adalah palsu dan scammer semata-mata
Seperti yang terdapat di dalam kenyataan rasmi pihaknya, dimaklumkan bahawa Azizan Osman memegang kelulusan **Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009**.
Namun, seorang pemuda bernama [Luqmanul Hakim Abd Rahim](https://www.facebook.com/groups/AntiPonziMalaysia/permalink/1711177335871082/) menyifatkan Azizan Osman seorang penipu setelah berjaya membuktikan kepalsuan universiti tersebut di dalam satu *post* di laman Facebook.
Pada awal pembongkarannya itu, beliau terlebih dahulu mencabar Azizan Osman dan pihak Richworks untuk memaparkan nombor report / salinan report polis yang kononnya mereka telah membuat laporan polis terhadap Universiti Malaya.
Image via www.funnymalaysia.net
"SILA BAGI KAMI NOMBOR REPORT ITU, SUPAYA KAMI SEMUA BOLEH BUAT REPORT BALAS UNTUK MEMBALAS REPORT ITU SEBAGAI REPORT PALSU. Dan kau orang duduk lah penjara 3 tahun sebab report palsu," katanya di dalam *post* tersebut.
Laman web rasmi Azizan Osman kini telah meletakkan kembali title **"DR"** di dalam biodata nya selepas mengakui bahawa beliau mempunyai **Ph.D in Metaphysic dari Gordon University, Bradenton, Florida, USA.**
Akan tetapi…logo universiti terbabit adalah sama dengan lagi sebuah universiti yang bernama Harris University
Bukan **logo** sahaja yang sama, malah **alamat** kedua-dua universiti ini juga SAMA!
Image via Pseudoscience Watch/Facebook
Bahkan, *website content* pada **Gordon University** juga dikatakan sama seperti sebuah lagi universiti lain iaitu **Crown University**.
Image via Pseudoscience Watch/Facebook
Menurut Luqmanul lagi, jika anda mencari pada *website* universiti berkenaan, tiada langsung fakulti "Metaphysic" seperti yang diperkatakan itu.
Image via Pseudoscience Watch/Facebook
Image via Luqmanul Hakim Abd Rahim/Facebook
Domain gordon-university-edu.US itu didaftarkan dan dicipta pada **12 September 2008**. Ia didaftarkan oleh seseorang yang dikenali sebagai **"C Regis"** dan pendaftaran beralamat di :
**1903 60th Place E.
Bradenton, Florida,
34203 United States.**
Namun ternyata alamat itu, ialah sebuah warehouse (kilang) di Florida.
Image via Luqmanul Hakim Abd Rahim/Facebook
Di dalam kenyataan rasmi pihak Richworks, Azizan Osman tidak pernah mengakui bahawa beliau mempunyai Ph.D in Psychology dari UKM. Namun satu screenshot awal telah dibuat di dalam profile rasmi LinkedIN Azizan Osman suatu ketika dulu.
Image via Don Teddy Teddy/Facebook
Isu menjadi semakin panas apabila akhirnya University of Hertfordshire mengesahkan bahawa tiada rekod mengenai pelajar bernama Azizan Osman yang dikatakan sedang menyiapkan Ph.D di universiti berkenaan seperti yang didakwa oleh Richworks
Image via Luqmanul Hakim Abd Rahim/Facebook
Terdapat beberapa individu berkongsi *screenshot messenger* dan *komen* dari universiti berkenaan yang mengesahkan kesahihan surat tersebut.
Image via SAY NO to MLM/Facebook
Image via Luqmanul Hakim Abd Rahim/Facebook
Baca status penuh beliau di [SINI](https://www.facebook.com/groups/AntiPonziMalaysia/permalink/1711177335871082/)


