‘Hang Ingat Sweet Buat Gitu-Gitu? Kepala Hotak Hang! Cinta Yang Haram Itu Tetap Haram’
Sweet ke tidak?
Cover image via Tengku Azri/Facebook"Dulu kita boleh makan sama-sama, sekarang I nak kita makan spegetti sama-sama"
Itulah ungkapan yang menjadi ingatan setiap individu setelah menonton video suprise birthday party yang dibuat oleh seorang lelaki bernama Hafiz Mahamad terhadap teman wanitanya, Syafiqah Aina yang viral sejak semalam
Video yang berdurasi 4 minit itu telah dikongsi oleh [Tengku Azri](https://www.facebook.com/tengku.azri.5/videos/10153755768498182/?pnref=story) di laman Facebook dan sehingga kini ia telah mendapat lebih 431 ribu *views* dan lebih 10 ribu *share*.
*Point* utama video ni jadi viral adalah kerana Hafiz menyewa limosin mewah untuk kekasih hatinya bersempena dengan hari istimewa gadis tersebut. Bertuah betul kan?
Image via Tengku Azri/Facebook
Video tersebut juga telah dikongsi oleh Hafiz Mahamad di akaun [Instagram](https://www.instagram.com/hafizmahamad/?hl=en) miliknya. Malah video tersebut mempunyai 5 *part*. Yelah, Instagram mana boleh *post* 4 minit sekaligus.
Kemudian, ramai gadis-gadis di luar sana yang tag teman lelaki mereka di post berkenaan dengan menyatakan hasrat mahu menerima suprise yang juga sebegitu rupa.
Paling tak tahan suruh tiru senyum dan gaya rambut. Aduhh macam-macam betul…
Image via Himpunan Cerita Lawak/Facebook
Bagaimanapun, hari ini seorang pemuda bernama Syahr Musafir telah tampil memberi pandangan terhadap video viral tersebut di laman Facebook dengan perasaan yang agak marah dan kecewa
Image via Tengku Azri/Facebook
Menurutnya, maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dan penuh dengan maksiat
Image via Tengku Azri/Facebook
Beliau meminta agar pasangan kekasih itu menarik semula video tersebut dan bernikahlah sesegera mungkin
Image via Tengku Azri/Facebook
Setelah video itu viral, tiba-tiba viral pula kisah pasangan muda yang telah terlebih dahulu meraikan birthday party sedemikian rupa. Nampaknya, Hafiz bukanlah orang pertama yang buat macam ni ya tak?
Image via Aiess's/Twitter
Entah-entah Hafiz mendapat isnpirasi dari pasangan ini agaknya. Boleh jadi jugak kan?


