Lelaki Hidup Sendirian Lebih 40 tahun Dalam Gua, Sediakan Tikar Kalau Ada Pengunjung Datang

Dia hanya bergantung pada air hujan yang meresap dari dinding gua dan dikumpulkan dalam baldi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Enggran Eko Budianto
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki didapati sudah hidup bersendirian lebih 40 tahun di dalam sebuah gua di pergunungan tanpa elektrik, internet dan hanya bergantung kepada air hujan untuk kelangsungan hidup

Menerusi laporan VN Express International, gua yang didiami Sudarmaji, 70, itu terletak jauh di dalam hutan di Kampung Sumberjo berhampiran Kota Mojokerto, Indonesia.

Untuk tiba ke lokasi, pengunjung perlu menaiki motosikal selama lebih kurang 35 minit melalui laluan tanah sempit, curam dan licin termasuk berjalan menuruni cerun sedalam 50 meter atau berjalan hampir dua jam meredah hutan.

Gua berkenaan berada di tebing gunung tinggi dengan anak sungai dari puncak Anjasmoro mengalir di hadapannya. Keadaan muka bumi itu pula membentuk penghalang semula jadi yang sepenuhnya mengasingkan Sudarmaji daripada dunia luar.

Sudarmaji berkata, dia sebenarnya berasal dari Kabupaten Boyolali di Jawa namun enggan mendedahkan sebab mengapa memilih hidup terpencil.

SAYS.com
Image via Enggran Eko Budianto

Ruang utama gua berkenaan berkeluasan kira-kira 35 meter persegi dengan tilam lama ada untuk tidur dan tikar disediakan untuk pengunjung

Terdapat juga dapur kayu ringkas dan laluan sempit menuju ruang meditasi yang mempunyai dua patung.

Bagi air minuman dan kegunaan harian, lelaki itu hanya bergantung pada air hujan yang meresap dari dinding gua dan dikumpulkan dalam baldi.

Walaupun hidup terasing, Sudarmaji masih menternak ayam, mengutip sayur liar dan kadang-kadang pergi ke kampung menaiki motosikal lama.

Sementara itu, pegawai perhutanan tempatan, Tarmidi berkata, Sudarmaji mula tinggal di gua itu sekitar tahun 1983 dan sebelum ini dibantu oleh seorang wanita yang kini sudah meninggal dunia.

Ketua kampung tempatan pula percaya, dia mungkin sudah tinggal di dalam gua itu selama lebih kurang 50 hingga 60 tahun.

SAYS.com
Image via Enggran Eko Budianto

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: