Lelaki DIY Sendiri Siapkan Bilik Di Loteng Rumah Sebelum Raya – “Lawa Gila Result Dia!”

Terbaiklah abang, cantik sungguh!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @adamaqil_12 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki bertindak membina ruang loteng di atas rumah dengan hasil titik peluhnya sendiri

Menerusi perkongsian @adamaqil_12 di TikTok, seorang lelaki yang juga seorang suami dan bapa itu dilihat berjaya membina ruang loteng di rumahnya sendiri tanpa memerlukan khidmat kontraktor luar.

Dia telah berkongsi gambar-gambar proses pembinaan ruang tersebut dari hanya batang-batang kayu dan besi sehinggalah menjadi sebuah bilik yang menarik.

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Bukan sekadar ruang loteng, dia turut membina tempat untuk bersantai seperti sebuah beranda

Melihat ruang yang ada dari luar rumah, lelaki berkenaan mendapat idea untuk menjadikan ruang loteng yang dibuatnya menjadi lebih menarik.

Bukan sahaja dapat menjadi tempat pengudaraan, ia juga dikatakan sebagai tempat untuk bersantai apabila dia bertindak menambah sebuah ruangan kecil seperti beranda pada loteng tersebut.

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Jumlah kos keseluruhan binaan adalah lebih kurang RM7,000

Dia turut berkongsi jumlah keseluruhan kos yang diperlukannya untuk menyiapkan binaan berkenaan adalah lebih kurang RM7,000.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, jika binaan tersebut dibuat oleh kontraktor luar, kos yang dikenakan mungkin akan melebih RM25,000.

Lihat hasil ruang loteng tersebut setelah selesai disiapkan di bawah:

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: