Lelaki Ditangkap Khalwat Disyaki Curang Dengan Janda Lepas Beritahu Isteri Pergi Kursus

Penguat kuasa JAINJ menyerbu sebuah hotel dan menahan lelaki serta pasangan yang disyaki berkhalwat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berstatus suami orang bersama pasangannya seorang janda muda sanggup menempuh perjalanan lebih 100 kilometer (km) datang ke Batu Pahat sebelum mereka dicekup dalam bilik sebuah hotel di bandar ini, tengah malam semalam

Lelaki berusia 50-an itu berjawatan sebagai pegawai manakala pasangannya seorang wanita berusia 30-an yang bekerja di sebuah syarikat swasta dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada jam 12 tengah malam.

Menurut sebuah hantaran oleh JAINJ di Facebook, pasangan terbabit dikatakan berpakat datang dari sebuah negeri dengan lelaki itu memberi alasan untuk menghadiri kursus selain tertarik dengan makanan sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di daerah ini.

"Lelaki terbabit sudah beristeri dan mempunyai anak manakala wanita berstatus janda muda kerja di syarikat swasta tetapi tiada anak.

"Pasangan ini datang dari sebuah negeri yang jaraknya lebih 100km sempena cuti hujung minggu. Lelaki mengatakan pada isteri yang dia ada kursus di Batu Pahat.

"Isteri pula tidak mengesyaki apa-apa kerana majikan selalu hantar suaminya menghadiri kursus di luar kawasan," menurut JAINJ dalam kenyataan.

SAYS.com
Image via JAINJ

Sudah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan isteri

Tambah JAINJ, mereka berdua telah lama berkawan dan berhubungan tanpa dihidu isteri lelaki berkenaan kerana pandai menjaga rahsia masing-masing.

"Lelaki dan wanita ini sudah lama berkawan dan berhubungan tanpa dihidu oleh isteri. Hubungan mereka tidak kantoi kerana masing masing menjaga pantang larang dan kod etika.

"Lelaki dan wanita ini duduk di daerah yang sama. Pertemuan di daerah sendiri itu kena elakkan atau rancang strategi betul-betul kalau nak jumpa.

"Apabila ditanya kenapa memilih Batu Pahat sebagai destinasi untuk melakukan perbuatan ini, lelaki itu hanya menjawab dia tertarik dengan makanan di sini.

"Penguat kuasa JAINJ sudah merekodkan keterangan dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997," menurut kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: