Lelaki Ditahan Polis Lepas Kantoi Jual Daging Kucing Tapi Tipu Pelanggan Cakap Daging Kambing

Difahamkan, lebih 100 ekor kucing telah disembelih dan dijual dagingnya kepada orang ramai

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kumparan News & Kompas
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki ditahan selepas didapati menjual daging kucing kepada pelanggannya selepas menipu pelanggan tersebut bahawa daging yang dijual adalah daging kambing

Menerusi laporan Harian Metro, perbuatan itu terbongkar selepas polis mengesan kegiatan suspek yang dikenali sebagai SJ, 55, aktif selama empat bulan di sekitar Kota Pagar Alam, Kecamatan Pagaralam Utara, Sumatera Selatan, Indonesia.

Difahamkan, siasatan awal mendedahkan lebih 100 ekor kucing telah disembelih, kemudiannya dagingnya dipasarkan kepada orang ramai

Menurut jurucakap polis, Iptu Irawan Adi Candra, suspek menggunakan daun jeruk dalam pembungkusan daging untuk menyekat bau hamis.

"Sebungkus daging kucing berharga antara 100,000 rupiah (kira-kira RM25) hingga 120,000 rupiah (kira-kira RM30)," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tugu MalangImage via

Curi dan tangkap kucing berkeliaran di kawasan rumah

Hasil siasatan, suspek turut mendedahkan ada pembeli yang cuba menawar harga sebelum membuat pembelian.

Dia juga memberitahu daging jualannya tidak dibekalkan kepada peniaga daging lain kerana khuatir mereka curiga akan asal usul daging tersebut.

Haiwan itu dikatakan diperoleh melalui pencurian dan penangkapan kucing yang berkeliaran di kawasan perumahan.

Kejadian berkenaan turut mencetuskan kemarahan penduduk tempatan selepas video aktiviti suspek menjadi tular di media sosial.

Pihak berkuasa memaklumkan suspek kini berdepan tindakan undang-undang termasuk didakwa atas penganiayaan haiwan dan penipuan terhadap pembeli.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: