Lelaki Didakwa Bertindak Kejam Sembur Cat Pada Monyet Kini Ditahan Polis – PERHILITAN

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Desa Moccis, U17, Shah Alam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor monyet yang mendapat kecaman ramai

Berdasarkan video tular terbabit, monyet berkenaan dilihat meronta-ronta di dalam sangkar besi ketika cat berkenaan disembur ke badannya.

Malah, video berkenaan didakwa dirakam di sebuah kawasan perumahan.

Image via X

Lelaki sembur cat pada monyet kini ditahan

Menerusi kenyataan di Facebook Polis Daerah Sungai Buloh, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini telah menahan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima laporan itu pada jam 2.10 pagi ini daripada seorang pegawai veterinar Daerah Petaling.

"Setelah siasatan awal dijalankan oleh Ketua Polis Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh mengklasifikasi kes kepada rujuk lain agensi (Jabatan Veterinar dan PERHILITAN)," katanya dalam kenyataan itu.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Desa Moccis, U17, Shah Alam.

Dalam pada itu, Perhilitan juga mengambil tindakan dengan membuat satu lagi laporan polis berkaitan tindakan menangkap seorang lelaki mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (akta 716).

"Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak menyeksa haiwan sesuka hati kerana ia satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

"Pihak polis juga meminta orang ramai tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh hadir ke mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus menghubungi Sarjan Mejar Azmir Azriezal Ramli di talian 019-5665870," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: