Lelaki Dicekup JAINJ Hanya Berseluar Dalam Ketika Berkhalwat Dengan Isteri Orang
Difahamkan, pasangan terbabit masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an.
Cover image via Penguatkuasa JAINJ 2025 (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama wanita berstatus isteri orang selepas sebuah rumah di Segamat diserbu pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi
Menurut kenyataan yang dikongsi JAINJ di Facebook, serbuan telah dijalankan pada jam 12.30 tengah malam, selepas penguat kuasa menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di sebuah rumah teres dua tingkat.
Menurut JAINJ, penguat kuasa mendapati pintu rumah terbabit dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci dari dalam sebaik tiba di lokasi.
"Sebaik membuka pintu, keadaan ruang tamu bergelap dan penguat kuasa menyuluh sebelum melihat seorang lelaki dan wanita sedang tidur.
"Apabila suis lampu dihidupkan, kelihatan dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun iaitu anak kepada wanita itu tidur di sebelahnya.
"Pasangan itu terpinga-pinga sebaik dikejutkan oleh penguat kuasa. Ketika itu, wanita berpakaian skirt labuh dan baju T manakala pasangannya hanya berseluar dalam," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroPasangan lelaki masih bujang dan kedua-dua mereka berusia 20-an
Difahamkan, pasangan terbabit masing-masing dalam lingkungan usia 20-an dan pemeriksaan di tingkat atas menemukan ahli keluarga termasuk ibu kepada lelaki itu.
"Kesemua mereka tidur ketika penguat kuasa menjalankan pemeriksaan. Hasil soal siasat mendapati rumah itu milik lelaki terbabit yang menetap di situ bersama ibu dan adik-beradiknya.
"Lelaki dikatakan membantu wanita ini yang dalam proses perceraian dengan suaminya.
"Penguat kuasa merekodkan keterangan mereka dan ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 manakala mereka yang lain diminta hadir ke pejabat penguat kuasa untuk membantu siasatan," menurut JAINJ.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



