Lelaki Beranikan Diri Panjat Bangunan Selamatkan Budak Hampir Terjatuh Dari Tingkat 4

Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Putra Perdana, Puchong.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mynewshub (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki mendapat perhatian ramai apabila dia bertindak memanjat bangunan demi untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak

Difahamkan, tindakan pantas itu diambil selepas dia melihat kanak-kanak tersebut yang hampir terjatuh dari tingkap rumahnya di tingkat empat sebuah pangsapuri.

Menerusi sumber, kejadian itu dipercayai berlaku pada 11 April yang lalu.

Menurut saksi, seorang jiran yang pada masa itu melihat insiden berkenaan telah bertindak pantas tanpa memikirkan keselamatan dirinya selepas dia melihat kanak-kanak tersebut sedang merangkak keluar dari tingkap rumah.

Image via @mynewshub (X)

Mujur kedua-dua selamat, tiada kecederaan dilaporkan

Tindakan berani lelaki itu memanjat pagar besi di bahagian luar bangunan ternyata mendapat pujian ramai.

Dia telah berjaya mencapai serta memeluk kanak-kanak itu sebelum dia terjatuh dan kemudian menariknya masuk semula ke dalam rumah.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ke atas mangsa.

Kejadian berkenaan telah menjadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga keselamatan anak-anak.

Terutamanya mereka yang tingggal di rumah bertingkat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: