“Dunia Ini Tak Adil Untuk Kami OKU” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Peribadi Menyayat Hati
Semoga beliau terus tabah dan maju dalam hidupnya.
Cover image via Muhammad Farhan/FacebookSemalam, semasa kami melayari laman Facebook, kami ternampak satu status yang betul-betul menarik perhatian kami mengenai seorang lelaki OKU yang juga merupakan seorang doktor dahulunya
Beliau yang bernama **Muhammad Farhan Bin Mohamed Nor** telah berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya yang agak perit sebarang bergelar seorang **OKU.**
Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas doktor dan kini pemilik kedai aksesori telefon bernama **DR.fone** amat kesal dengan mentaliti masyarakat Malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU).
Beliau dikategorikan Orang Kurang Upaya mental yang mana menghidap penyakit Bipolar Type 2. Disebabkan itu Farhan terpaksa berhenti kerja atas desakan bidang profesional itu sendiri
Image via Muhammad Farhan/Facebook
Tulisnya lagi, selepas beliau disahkan menghidap penyakit tersebut, lesen doktor beliau terus ditarik oleh Malaysia Medical Council (MMC) dengan alasan akan membahayakan nyawa pesakit
Image via Muhammad Farhan/Facebook
Lebih perit lagi, sejak itu juga semua orang memandang rendah terhadap dirinya malah beliau telah kehilangan kawan dan kekasihnya meninggalkannya tanpa sebarang berita
Image via Muhammad Farhan/Facebook
Baginya, dunia ini tidak adil untuk orang-orang sepertinya. Farhan juga terpaksa menyembunyikan status OKU itu supaya beliau tidak dicemuh dan dipandang rendah masyarakat lain
Image via Muhammad Farhan/Facebook
Di akhir penulisannya itu, beliau menasihatkan semua belia di luar sana supaya bersyukur dan tidak mengeluh semasa bekerja
Kami sangat kagum dengan semangat yang ada pada diri saudara Farhan dan kami doakan semoga perniagaan beliau semakin maju pada masa akan datang. All the best!
Image via giphy.com
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ


