Lelaki Bawa Honda Jazz Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Menghidap Penyakit Mental

Mangsa maut di tempat kejadian selepas terbabit dengan kemalangan yang berlaku semalam, 5 Januari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Baharom Bakar & TVS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lelaki yang memandu Honda Jazz terbabit dalam kemalangan maut Syakirah Hanan Mazli, seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 32 tahun itu disahkan menghidap Major Depression Disoder (MDD) serta mempunyai rekod rawatan sejak Januari tahun lalu.

Pemandu tersebut yang mengalami kecederaan patah tangan kanan dan luka kecil di badan masih menerima rawatan di HSNZ.

"Kenderaan Honda Jazz dipandu lelaki itu adalah milik adiknya sendiri dan bukannya kenderaan curi seperti yang ditularkan di media sosial.

"Sebelum kejadian, lelaki terbabit sempat menceroboh masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda City yang parkir di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai sebanyak RM200 milik pemilik kenderaan berkenaan.

"Lelaki itu juga seterusnya masuk semula ke dalam Honda Jazz dan memecut kenderaan itu sebelum berlaku kemalangan di Jalan Kemajuan," katanya.

SAYS.com

Keadaan kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan terbabit.

Image via NSTP

Kehilangan wang tunai, pemilik kereta Honda City memaklumkan tertinggal kunci di dalam kenderaan

Pemilik kereta Honda City, Mohd Hanafi Mamat, 29, berkata dia tertinggal kunci di dalam kereta ketika meninggalkan kenderaan berhampiran Wisma Darul Iman pada pagi kelmarin.

"Ketika waktu rehat tengahari, saya kembali semula ke kereta sebelum mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya. Malah wang tunai berjumlah lebih RM200 hilang dari dalam kereta.

"Saya mengesyaki ada individu memasuki kereta saya kerana terdapat air minuman dan topi pejabat yang ditinggalkan di dalam kereta saya.

"Individu itu kemudian keluar semula dari kereta saya dengan mengambil sejumlah wang tunai milik saya dan makanan richeese yang dicuri (hanya air dan topi yang ditinggalkan).

"Saya tidak pasti apa tujuan individu itu masuk ke dalam kereta saya namun saya bernasib baik kereta saya tidak dibawa lari. Saya juga tiada kaitan dengan kemalangan itu namun cuma kehilangan barang peribadi sahaja," katanya.

SAYS.com

Honda City milik Mohd Hanafi yang diceroboh suspek.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: