Pemandu Navara Langgar Suami Isteri Tunggang Motosikal Dipenjara 30 Hari & Denda RM12,000

Hukuman itu telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemandu Nissan Navara yang melanggar pasangan suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000

Menerusi laporan Harian Metro, K Darmaraju, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap, 11 Mei lalu.

Terdahulu, sepasang suami isteri dilaporkan parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara terbabit.

Image via Harian Metro

Isteri kepada pembawa motosikal cedera parah di bahagian kepala

Pembonceng motosikal, seorang wanita berusia 49 tahun cedera parah melibatkan patah tulang rusuk dan buku lali serta pendarahan di kepala.

Mangsa lelaki berusia 53 yang juga suami kepada wanita terbabit mengalami retak tulang selangka dan luka pada buku lali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang mangsa sedang bergerak di lorong kiri sebelum dirempuh sebuah Nissan Navara dari arah kanan.

Pemandu lelaki Nissan Navara tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis pada hari sama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: