LEGO Lancar Koleksi Istimewa Piala Dunia Tampilkan Ronaldo, Messi, Mbappé & Vini Jr
Berapalah agaknya LEGO World Cup tu 😮
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
LEGO melancarkan koleksi baharu yang mungkin akan membuatkan ramai peminat bola sepak teruja
Menjelang Piala Dunia FIFA 2026 akan datang, syarikat permainan itu telah memperkenalkan koleksi terbaharu yang diinspirasikan oleh empat nama terbesar bola sepak.
Empat bintang tersebut ialah Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Kylian Mbappé dan Vinícius Júnior, kesemuanya memiliki model figura mini tersendiri yang boleh dijadikan koleksi.

Setiap pemain datang dengan set mereka sendiri, memakai jersi kebangsaan mereka dan berdiri di atas tapak direka khas yang dibentuk mengikut identiti pasukan masing-masing
Terdapat juga trofi Piala Dunia yang boleh dibina dilengkapi dengan ciri-ciri tersembunyi, di samping sebuah video teaser yang menunjukkan empat bintang terbabit berebut-rebut mendapatkannya.



Peminat Messi dan Ronaldo boleh mendapatkan koleksi yang lebih gempak dengan koleksi 'Football Legend' yang lebih besar
Ia didatangkan dengan lebih 800 keping, latar belakang tersuai dan model boleh pasang yang membolehkan anda mencipta semula momen paling ikonik mereka, daripada 'Siuuu!' Ronaldo hinggalah ke momen tunjuk ke langit istimewa Messi.
Secara dasarnya, ia merupakan jenis set yang anda boleh membuat sekali sahaja, kemudian dipamerkan selama-lamanya.





Koleksi ini merangkumi segala-galanya daripada binaan yang kecil dan mesra bajet hinggalah replika trofi Piala Dunia
Tidak terlepas juga sebuah koleksi binaan bola sepak gergasi yang penuh dengan ciri-ciri tersembunyi.





Cuci mata tengok koleksi-koleksi tersebut di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 