LEGO Kini Tambah Had Umur Boleh Dimain Hingga Lebih 100 Tahun, Tapi Kenapa?
Yang umur lebih 100 tahun tu boleh tarik nafas 'lego' 😛
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini LEGO telah mengumumkan secara berseloroh had umur baharu untuk permainan ini
Pengumuman itu sebenarnya adalah sempena ulang tahun ke-100 Sir David Attenborough pada 8 Mei lalu,
Sir David Attenborough merupakan seorang narator dari British, diiktiraf sebagai antara pembekal suara untuk dokumentari alam semula jadi terkemuka dunia.
Dalam sebuah hantaran LEGO di media sosial menyampaikan mesej tersebut, terdapat imej kotak LEGO yang menunjukkan julat umur "4 – 100+" yang telah dikemas kini, satu kelainan berbanding sebelum ini iaitu "4 – 99", yang telah lama disifatkan sebagai panduan yang lucu.
Walaupun LEGO belum mengesahkan secara rasmi sebarang perubahan sebenar pada produknya, ia menjadi simbolik sebagai penghormatan yang sesuai
Personaliti televisyen juga ahli sejarah ini terkenal dengan dokumentari alam semula jadi ikoniknya seperti Planet Earth dan The Blue Planet, yang telah memperkenalkan generasi kepada keajaiban hidupan liar dan dunia semula jadi.

Peminat dengan pantas meraikan kedua-dua sambutan ulang tahun dan idea bahawa anda tidak pernah 'terlalu tua' untuk bermain LEGO tanpa terlalu memikirkan pandangan orang lain.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 