LEGO Bawakan Hologram Death Star & Poskad Eksklusif Di Sunway Pyramid – “May The 4th Be With You!”
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keajaiban galaksi ini di Sunway Pyramid.
Cover image via LEGOFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan hari Star Wars tahun ini, LEGO membawakan pengalaman galaksi yang luar biasa ke Malaysia melalui acara peminat LEGO Star Wars yang paling mengujakan setakat ini
Berlangsung di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid bermula 29 April hingga 10 Mei 2026, acara imersif ini diraikan bersempena sambutan May The Fourth serta membina keterujaan menjelang tayangan filem The Mandalorian & Grogu di pawagam seluruh dunia pada 22 Mei 2026.
Tarikan utama tahun ini menampilkan instalasi yang diinspirasikan daripada kubu kuat Darth Vader yang gah. Peminat akan disambut dengan skematik hologram Death Star berukuran 6′ x 6′ yang dibina sepenuhnya daripada bata LEGO, satu pemandangan visual yang paling ikonik di acara tersebut.
Pengunjung kemudiannya boleh menerokai Terowong Hiperspace, sebuah koridor di bawah istana Darth Vader yang membawa peminat mengimbas kembali sejarah 27 tahun LEGO Star Wars. Pameran ini menyusun set-set legenda daripada model klasik Darth Maul bust (10018) sehinggalah model terbaharu The Mandalorian's N-1 Starfighter (75442).
Pengurus Besar Singapura, Malaysia dan APAC Travel Retail, Kumpulan LEGO, Nina Patricia Da Costa berkata, "May The Fourth sentiasa menjadi momen kegembiraan bagi komuniti peminat Star Wars di seluruh dunia. Tahun ini, kami ingin melakukan sesuatu yang luar biasa dengan koleksi eksklusif dan pengalaman peminat yang penuh imaginasi. Dari saat tetamu melangkah masuk ke bawah bayang-bayang kubu Vader sehingga mereka mengumpul poskad eksklusif, setiap detik direka untuk memastikan mereka merasai kekuatan 'The Force' bersama mereka."

Pengurus Jenama Kumpulan LEGO (Singapura, Malaysia & APAC Travel Retail), Benjamin Wong (kiri); Ketua Strategi Pemasaran & Komersial Sunway Malls, Encik Steven Yong (tengah) dan Pengurus Besar Box of Bricks, Geraldine Wong (kanan) bergambar sempena acara LEGO Star Wars May The Fourth di Sunway Pyramid.
Image via LEGOAktiviti menarik & ganjaran Eksklusif sepanjang sambutan hari Star Wars
Acara pop-up LEGO May The Fourth ini padat dengan aktiviti interaktif untuk semua peringkat umur:
- Cabaran Poskad Eksklusif: Peminat yang melengkapkan tiga aktiviti di gerai akan menerima salah satu daripada tiga poskad koleksi LEGO Star Wars™ eksklusif bertemakan Malaysia (selagi stok masih ada).
- Sesi 'Make & Take': Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berpeluang membina model mini LEGO Landspeeder dan membawanya pulang.
- Pertemuan Cosplay & Mascot: Kumpulan cosplayer Star Wars akan memeriahkan Sunway Pyramid pada tarikh terpilih.
- Menangi Tiket Wayang: Peminat yang menemui 'Jedi' di Sunway Pyramid pada 2-3 Mei dan 9-10 Mei serta mengucapkan kata azimat "May the 4th be with you", berpeluang memenangi sepasang tiket wayang filem The Mandalorian & Grogu.




Koleksi terbaharu tahun 2026 kini memfokuskan kepada karakter Mando dan Grogu. Antara set tumpuan termasuklah:
- 75446 Grogu: Model karakter kegemaran ramai dalam bentuk bata yang comel.
- 75447 The Razor Crest: Replika kapal ikonik Mandalorian dengan perincian yang memukau.
- 75445 Anzellan Starship: Kapal terbaharu dari semesta Mando yang pertama kali dijelmakan dalam bentuk LEGO.
Bagi pengumpul dewasa, rangkaian koleksi 2026 turut menawarkan set yang luar biasa. Model 75442 The Mandalorian's N-1 Starfighter menjadi tumpuan utama tahun ini sebagai set Ultimate Collector Series yang memperincikan semula kehebatan jet pejuang N-1 seperti yang dilihat dalam siri The Mandalorian.
Bagi mereka yang menggemari sisi gelap 'Dark Side', set 75439 Darth Vader Bust dan 75438 Yoda Bust adalah pilihan terbaik untuk hiasan, manakala 75440 AT-AT bakal menjadi pelengkap yang gah bagi mana-mana koleksi LEGO Star Wars.

Promosi eksklusif & ganjaran pembelian (GWP)
Kempen LEGO Star Wars™ May The Fourth ini turut disertai dengan pelbagai promosi menarik dan ganjaran pembelian (GWP) yang berlangsung di Kedai Diiktiraf LEGO (LCS), Bricksmart, serta saluran e-dagang dari 27 April hingga 31 Mei 2026, manakala tawaran eksklusif di lokasi acara bermula dari 29 April hingga 10 Mei.
- Pembelian RM99 ke atas: Terima satu poskad koleksi LEGO Star Wars eksklusif bertemakan Malaysia (Tersedia di LCS, Toys"R"Us Malaysia, kedai rasmi LEGO di Lazada dan Shopee serta lokasi acara).
- Pembelian RM189 ke atas: Terima beg poli 30728 Razor Crest GWP (Eksklusif di LCS, LEGOLAND Malaysia, atau lokasi acara). Manakala di saluran lain, nilai pembelian yang sama melayakkan anda menerima 30727 TIE Advanced mini-build.
- Tawaran di Lokasi Acara (Pembelian RM329 ke atas): Pilih antara Topi LEGO Star Wars eksklusif dengan hiasan telinga atau Kotak Pensel LEGO Star Wars yang boleh dilaraskan.
- Ganjaran Paling Diidamkan (Pembelian RM765 ke atas): Bermula 1 hingga 31 Mei, peminat tegar boleh memiliki set 40917 Dark Saber GWP yang sangat eksklusif (Tersedia di LCS, LEGOLAND Malaysia atau lokasi acara).

Peminat juga perlu peka dengan dua koleksi eksklusif di acara ini. Dengan pembelian 75442 The Mandalorian's N-1 Starfighter di Sunway Pyramid, anda akan menerima Syiling Koleksi Grogu Edisi Terhad (hanya 30 unit tersedia). Bagi peminat yang membeli-belah di Lazada, nantikan pemberian Syiling Grogu khas semasa Lazada Super Brand Day pada 12 Mei.
Dapatkan kemas kini terkini mengenai promosi dan rangkaian set LEGO Star Wars™ dengan melayari laman web rasmi LEGO Malaysia, Facebook LEGO Malaysia dan gedung rasmi LEGO di Lazada. Kunjungi Kedai Diiktiraf LEGO (LCS) berhampiran anda sekarang untuk pengalaman galaksi yang tidak dapat dilupakan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



