Legenda Sukan Gusti WWE Hulk Hogan Meninggal Dunia Di Usia 71 Tahun
Hulk Hogan telah membantu WWE mencapai pengiktirafan global pada era 1980-an.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ikon sukan gusti World Wrestling Entertainment (WWE), Hulk Hogan dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi
Menerusi laporan Berita Harian, Hogan, atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, disahkan meninggal dunia selepas polis dan pasukan perubatan kecemasan (EMT) dipanggil ke kediamannya di Clearwater, Florida, pagi Khamis.
Difahamkan, panggilan kecemasan dibuat berhubung kejadian 'serangan jantung', dan sepasukan paramedik serta polis dilihat berada di luar rumah Hogan.
Hogan dikatakan telah diusung keluar dari rumahnya menggunakan pengusung sebelum dimasukkan ke dalam ambulans, kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Polis Clearwater belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini, manakala punca kematian belum diumumkan.

WWE dalam satu kenyataannya turut berduka mengesahkan berita terbabit
Dalam sebuah hantarannya di X, WWE turut memaklumkan berita kematian legenda platform sukan gusti itu.
"WWE berduka cita apabila menerima berita bahawa Ahli Dewan Kemasyhuran WWE, Hulk Hogan, telah meninggal dunia.
"Sebagai salah satu ikon yang paling dikenali, Hogan telah membantu WWE mencapai pengiktirafan global pada era 1980-an.
"WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat beliau," kata kenyataan itu.
Hulk Hogan sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah kesihatan yang semakin merosot di samping terdapat khabar angin yang mendakwa bekas ahli gusti itu berada dalam keadaan tenat dan koma sebelum kematiannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 