Legenda Manchester United Eric Cantona Kutuk Kekejaman Israel Sebabkan Pemain Bola Sepak Palestin Terbunuh
Pemain bola sepak itu, Suleiman Al-Obeid mempunyai 19 penampilan dan dua gol bersama Palestin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terkenal dengan kelantangannya, Eric Cantona sekali lagi bersuara mengutuk kekejaman Zionis yang menyebabkan pemain bola sepak Palestin, Suleiman Al-Obeid terbunuh
Menerusi perkongsian legenda pemain bola sepak Manchester United itu di Instagram, Eric menyeru orang ramai terus sedar akan kekejaman Zionis terhadap Palestin.
"Israel baru sahaja membunuh seorang pemain nasional dan bintang bola sepak skuad Palestin, Suleiman Al-Obeid.
"Digelar 'The Pele of Palestine', beliau telah dibunuh ketika sedang menunggu bantuan ketika berada di Rafah.
"Berapa lama lagi kita perlu biarkan mereka lakukan pembunuhan besar-besaran ini?" tulisnya.
Ramai memuji tindakan Eric sebagai antara figura besar yang berani bersuara
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya kagum dengan kelantangan Eric yang tidak pedulikan apa-apa demi menyuarakan kebebasan Palestin.
Ada antara mereka juga yang menyebut nama organisasi UEFA dan FIFA yang jarang dilihat dan berdiam apabila timbul isu terbabit.
Lihat antara komen di bawah:



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 