Legenda Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari Kini Dalam Permainan Video eFootball

Harimau mati meninggalkan belang!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & eFHUB
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain permainan video eFootball kini boleh dapatkan pek pemain legenda negara, Mokhtar Dahari

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @tun_faizalsalleh berkongsi rasa teruja apabila dia dikejutkan dengan pek tersebut sebaik membuka permainan video itu.

"Hari ni buka eFootball ada player legend, SuperMokh weh! Teruja yang amat aku," tulisnya.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, beberapa pemain telah berkongsi bahawa ianya berbaloi untuk mendapatkan pek berkenaan untuk disertakan dalam skuad masing-masing.

"Bagi aku sedap, laju weh," komen seorang pemain eFootball.

"Ya, aku combokan dia dengan Michael Owen, macam lipas kudung dia kejar bola," respon seorang lagi pemain.

SAYS.com
Image via ThreadsImage via

Hanya tersedia untuk platform iOS, Android dan PlayStation sahaja buat masa ini

Menerusi laman web rasmi Konami, pek berkenaan merupakan pek di bawah kempen National Legends eFootball.

Bagi pek Mokhtar Dahari hanya tiga platform sahaja tersedia buat masa ini iaitu iOS, Android dan PlayStation manakala Xbox dan Windows dilihat masih belum tersedia.

Para pemain boleh dapatkan pek pemain ini dengan 900 coins atau buat pembelian dengan harga RM2.90.

Antara nama legenda lain yang turut boleh didapatkan pemain ialah seperti Atep Rizal (Indonesia), Kiatisuk Senamuang (Thailand), Denílson (Brazil) dan Park Ji-Sung (Korea Selatan).

SAYS.com
Image via Konami

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: