Legenda Badminton Negara, Hafiz Hashim Dilantik Jadi Ketua Jurulatih Skuad Badminton Arab Saudi
Tahniah Hafiz Hashim!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Legenda perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim membuka lembaran baharu apabila dilantik menjadi ketua jurulatih skuad badminton Arab Saudi
Menerusi laporan Harian Metro, pemenang kejohanan Seluruh England 2003 itu memaklumkan beliau telah menandatangani kontrak selama setahun (boleh diperbaharui).
Menurutnya, sasaran utama adalah membantu pasukan berkenaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
"Ini cabaran baharu buat saya dan Insya-Allah kita akan cuba lakukan yang terbaik," katanya.
Difahamkan, sebelum ini Hafiz pernah menimba pengalaman sebagai jurulatih skuad badminton di Hyderabad, India.
The Saudi Badminton Federation announces the appointment of Malaysian coach Muhammad Hafiz Hashim as coach of the Saudi national team 🇸🇦🏸.
— اتحاد الريشة الطائرة (@badminton_ksa) August 28, 2025
The coach has over 11 years of international experience and has previously been ranked as the top 5 players in the world. 🏸🌎
This step… pic.twitter.com/cQhG38ZQfv
Telah mula bertugas pada 7 Ogos lalu
Hafiz berkata, beliau akan memikul tanggungjawab menguruskan semua kategori termasuk perseorangan dan beregu lelaki serta wanita.
"Skuad ini ada pemain berketurunan India, tetapi dilahirkan di Arab Saudi selain pemain tempatan sendiri.
"Tugasan saya bermula pada 7 Ogos berpusat di Dammam, Arab Saudi bagi memudahkan persiapan jangka panjang," katanya.
Pelantikan Hafiz menambah senarai bekas pemain negara yang mendapat kepercayaan mengendalikan skuad luar negara selepas kejayaan beberapa jurulatih Malaysia di pentas antarabangsa.
Antara nama-nama tersebut ialah Lee Wan Wah (Jepun), Wong Choong Hann, Tan Bin Shen, Jeremy Gan( Hong Kong) dan James Chua (Republik Czech).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 