Legend Bola Sepak Hai-O Kini Buka Kafe Di Makkah, Saji Cita Rasa Lokal Buat Jemaah

Wajib singgah ni kalau dapat rezeki ke Makkah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Blogspot
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Hairuddin Omar, kini membuka Kafe Citarasa Malaysia di Makkah mengkhususkan bawa cita rasa tanah air kepada jemaah Malaysia

Menerusi laporan Bernama, idea membuka perniagaan makanan itu tercetus hasil pemerhatian terhadap jemaah yang sering merindui masakan tempatan sepanjang tempoh menunaikan ibadah di sana.

"Bila berada lama di sini, sudah tentu mereka akan rindukan makanan Malaysia. Jadi saya mahu sediakan sesuatu yang boleh buat mereka rasa lebih dekat dengan rumah," katanya.

Mesra digelar Hai-O oleh peminat bola sepak tempatan, beliau memaklumkan kafe itu mengangkat 100 peratus konsep cita rasa Malaysia dengan memastikan setiap hidangan dimasak menggunakan resipi asli dan bahan berkualiti.

Antara menu yang mendapat sambutan ialah nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, asam pedas, lontong serta roti canai yang sukar ditemui di sekitar kawasan berkenaan, sekali gus menjadi pilihan destinasi jemaah untuk memulakan hari mereka.

Bagi memastikan keaslian rasa, Hairuddin membawa tiga tukang masak dari Malaysia dan menyediakan makanan di dapur berpusat di Kudai, di sini, sebelum dihantar ke kafe berkenaan.

SAYS.com
Image via Bernama

Turut membekalkan makanan ke beberapa hotel yang menempatkan ribuan jemaah Malaysia ketika musim haji

Hairuddin berkata, fokus utama diberikan kepada penyediaan sarapan pagi memandangkan kebanyakan pakej haji hanya menyediakan makan tengah hari dan makan malam.

"Apabila soal makanan sudah selesai, jemaah tidak lagi terbeban dan boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada ibadah," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui berdepan pelbagai cabaran termasuk pematuhan peraturan keselamatan makanan di Arab Saudi, selain isu logistik dan bekalan bahan mentah yang memerlukan perancangan rapi.

"Sebahagian rempah ratus kita bawa dari Malaysia supaya rasa itu betul-betul asli dan dapat mengubat rindu jemaah," katanya.

Operasi kafe yang bermula seawal jam 4 pagi hingga 10 malam itu turut disusun mengikut rutin harian jemaah, khususnya selepas waktu Subuh apabila permintaan sarapan meningkat mendadak.

Bagi Hairuddin, usaha itu bukan sekadar perniagaan, sebaliknya satu bentuk khidmat kepada jemaah yang datang dengan niat suci menunaikan rukun Islam kelima, sambil dapat mengubat rasa rindu dengan tanah air.

SAYS.com
Image via BernamaImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik