Legasi 23 Tahun, Kejohanan Bowling Inter-Unit Amanah PMB Eratkan Ukhwah Antara Peserta & Pemain Industri

Sebanyak 31 pasukan yang terdiri daripada 124 peserta menyertai kejohanan edisi kali ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Pelaburan MARA Berhad

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Pelaburan MARA Berhad (PMB).

PMB United, Kelab Sukan dan Rekreasi di bawah Pelaburan MARA Berhad, telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bowling Inter-Unit Amanah ke-23 di Wangsa Bowl, Wangsa Walk, Kuala Lumpur baru-baru ini

Acara tahunan ini menghimpunkan sebanyak 31 pasukan yang terdiri daripada 124 peserta dari syarikat amanah saham, firma pengurusan aset, serta pemain industri yang lain. Tahun ini turut menyaksikan penyertaan memberansangkan daripada kalangan pengamal media dengan enam pasukan yang diwakili oleh 24 peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Adzhar Abdul Hamed, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan MARA Berhad. Hadir sama, En. Mahdzir Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad, En. Hang Tuah Amin Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Berhad; En. Taha Rusydi Mohd Nazri, Ketua Komunikasi Strategik, Pelaburan MARA Berhad; dan En. Mohd Isyazwan Fauzi, Presiden PMB United.

SAYS.com
Image via Pelaburan MARA Berhad

Dalam ucapan perasmiannya, Encik Mohd Adzhar menekankan kepentingan memupuk hubungan yang kukuh dalam industri unit amanah merentasi urusan perniagaan semata-mata.

"Kejohanan ini lebih daripada sekadar acara sukan, ia mencerminkan komitmen industri kita untuk membina hubungan yang bermakna, menggalakkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan, serta mengukuhkan komuniti profesional yang bersatu padu. Kejohanan ini menyediakan platform yang berharga untuk kita melangkah keluar daripada tanggungjawab harian dan berhubung dengan rakan sekerja serta rakan kongsi dalam persekitaran yang santai dan penuh semangat. Ikatan yang kita kukuhkan di sini hari ini menyumbang kepada industri unit amanah yang lebih kolaboratif dan berdaya tahan," ujarnya.

Kejayaan kejohanan ini dapat direalisasikan berkat sokongan daripada 13 penaja

Antara penaja yang turut sama menyokong kejohanan ini ialah antaranya termasuk Phillip Capital, Zaibi Motor, City University Malaysia, Maybank Investment, TA Securities, BIMB Securities, Kenanga Investment, AmanahRaya Trustees, Hong Leong Investment dan ahli-ahli lain Kumpulan Pelaburan MARA.

Dalam perlawanan penuh semangat itu, pasukan CIMB XXX03 telah muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kategori berpasukan dengan 2,020 jatuhan pin, naib juara dimenangi pasukan SME Bank B dengan 2,005 jatuhan pin manakala tempat ketiga pasukan CIMB XXX01 dengan 2,004 jatuhan pin.

SAYS.com
Image via Pelaburan MARA Berhad

Anuar Bin Jasmin daripada pasukan RHB Bowlers memenangi tempat pertama bagi kategori jatuhan pin individu lelaki dengan 569 jatuhan pin, manakala tempat pertama kategori wanita dimenangi oleh Rosnani Binti Daud daripada pasukan Pelaburan MARA Berhad dengan 600 jatuhan pin.

Kategori media turut menyaksikan pertandingan yang sengit. Masuk TV Bowlers (TV3 Media Prima)  muncul sebagai juara kategori media setelah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. NSTP Sharper Bowl (New Straits Times) merangkul tempat naib johan pertama dengan persembahan  yang mengagumkan, manakala Golek Squad (Malaysia Gazette) berjaya menduduki tempat naib  johan kedua selepas pertandingan yang ketat. REV Team (REV Media Group) menduduki tempat keempat, diikuti oleh Utusan Malaysia (Media Mulia) di tempat kelima, manakala Flash Squad (Malaysia Gazette) memperoleh tempat keenam.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari laman sesawang Pelaburan MARA di  www.pelaburanmara.com.my dan ikuti saluran media sosial kami. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS