Lee Zii Jia Beri Bayangan Bakal ‘Comeback’ 2026 Selepas Dibelenggu Kecederaan Sepanjang Tahun

Tak sabar nak tengok Zii Jia kembali beraksi nanti!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Alex Pantling & BWF
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Akui tahun 2025 merupakan tahun yang mencabar buatnya, pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia beri bayangan akan kembali beraksi pada tahun hadapan

Lee Zii Jia mengumumkan perkara itu hari ini, 18 November, memaklumkan beliau akan berehat sehingga tamat 2025 untuk menumpukan perhatian kepada persediaan bagi kalendar kejohanan 2026.

Bagi pemain berusia 27 tahun itu, tahun ini merupakan tahun yang sukar dan memberinya cabaran dalam menguruskan fizikal dan minda.

Masalah bahagian belakang yang berlarutan dan kecederaan ligamen buku lali daripada Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Disember lalu di Hangzhou telah menjadikan setiap perlawanannya lebih mencabar, memaksanya menarik diri daripada Kejohanan Antarabangsa Syed Modi India yang dijadualkan pada 25 hingga 30 November.

Walaupun menghadapi ketinggalan dari segi mata, Zii Jia menjelaskan bahawa ini bukanlah pengakhirannya.

SAYS.com
Image via Lee Zii Jia

Optimis dan kekal bermotivasi untuk kembali ke gelanggang

Dalam satu hantarannya Facebook, beliau telah berkongsi situasi yang kurang baik dialami sepanjang tahun ini dan memaklumkan rancangannya untuk pulih dan kembali dengan lebih baik pada tahun 2026.

"Seperti yang anda semua sedia maklum, tahun 2025 merupakan tahun yang agak mencabar dan juga merupakan satu pengajaran dalam menguruskan kesihatan fizikal saya.

"Ada hari-hari di mana saya rasa berada di puncak prestasi dan ada hari-hari di mana saya merasakan kesan daripada kecederaan buku lali dan sakit belakang yang berterusan.

"Selepas mengambil kira semua maklum balas, dan yang paling penting mendengar pendapat saya sendiri, saya rasa adalah lebih baik untuk menutup bab tahun 2025 dan menumpukan perhatian pada kalendar 2026 yang akan datang," tulisnya.

Tambah Zii Jia, beliau mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, pasukan, penaja dan peminatnya kerana sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah dan senang.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: