Lebih RM1.9 Juta Berjaya Dilarikan Dalam Kejadian Rompakan Atas ‘Highway’
Difahamkan, polis sedang melancarkan operasi memburu secara besar-besaran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Wang tunai lebih €400,000 (lebih RM1.9 juta) dilarikan dalam satu rompakan menyasarkan kenderaan membawa wang tunai di sebuah lebuh raya Itali semalam
Menerusi laporan Berita Harian, pihak berkuasa memaklumkan perompak terbabit telah menghentikan aliran trafik dengan menyekat jalan menggunakan beberapa kenderaan sebelum menyerang van berkenaan.
Suspek turut menggunakan bom asap, menabur paku bagi memecahkan tayar kenderaan lain dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan perisai itu.
Ketika pemandu dan pengawal masih berada dalam kenderaan, penyerang menggunakan bahan letupan untuk membuka van dan peti simpanannya, menurut agensi berita Itali ANSA. Mereka kemudian melarikan diri bersama wang tunai berkenaan.

Pihak polis kini giat memburu kumpulan perompak yang terbabit
Rompakan itu berlaku pada awal pagi di sebuah lebuh raya berhampiran Ortona, di wilayah Abruzzo, tengah Itali.
Siasatan awal mendapati tiada kecederaan serius dilaporkan, namun dua individu menerima rawatan di lokasi kejadian akibat terhidu asap. Bahagian lebuh raya yang terjejas ditutup sementara, menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Difahamkan, polis sedang melancarkan operasi memburu secara besar-besaran, namun bilangan suspek terbabit masih belum dikenal pasti. Mereka dipercayai melarikan diri menggunakan kenderaan berkuasa tinggi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 