Lebih Banyak Keseronokan Menanti Menerusi ‘REAL Ke AI?!’, Ini Yang Anda Kena Tahu
Inisiatif ini turut berkongsi alatan AI berguna yang mungkin sudah biasa digunakan umum.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menyedari cabaran yang semakin meningkat dalam membezakan kandungan asli dan janaan AI ekoran evolusi teknologi pesat, REV Media Group mengambil langkah proaktif
Inisiatif ini bukan sahaja meneruskan siri cabaran popular 'REAL ke AI?', malah turut diperluas dengan perkongsian pelbagai alatan AI berguna untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Kempen ini telah menampilkan pelbagai sorotan menarik, termasuk proses di sebalik kejayaan Project Thric3 serta minda kreatif yang menggerakkan projek ini.
Sempena sambutan Hari Malaysia, satu cabaran visual turut diketengahkan bagi menguji kebolehan orang ramai mengenal pasti hidangan sebenar
Satu lagi cabaran visual bertemakan 'mood' percutian turut dipaparkan, mengajak pengikut membezakan destinasi idaman yang benar dan yang buatan AI
Inisiatif ini juga berkongsi sorotan mengenai alatan AI yang terbukti memudahkan pelbagai urusan harian, menumpukan kepada alatan yang paling popular dan kerap digunakan
Satu lagi cabaran popular menguji kebolehan pemerhati untuk mengenal pasti individu sebenar antara dua pilihan (A atau B)
Pada terasnya, kempen REAL ke AI? ialah satu seruan penting di Malaysia untuk menggalakkan penggunaan AI yang bertanggungjawab.
Inisiatif ini bermatlamat mengingatkan semua pihak agar sentiasa peka, berkongsi secara berhemah, dan memainkan peranan bersama dalam membina ruang digital yang lebih dipercayai.
Untuk maklumat lanjut dan menyahut seruan 'Semak Fakta Sebelum Bertindak', ikuti perkembangan REAL ke AI?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



