Lebih 80,000 Tiket KTM Untuk Jualan Tahun 2026 Terjual Dalam Masa 24 Jam

Macam pisang goreng panas!

Enlarge text
Cover ImageCover image via KTM Berhad
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) melaporkan sambutan yang menggalakkan selepas sejumlah 82,896 tiket untuk perjalanan antara 1 Januari dan 30 April 2026 terjual hanya dalam masa satu hari selepas jualan dibuka

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, KTMB memaklumkan sebanyak 79 transaksi atau 0.09 peratus berstatus tidak berjaya tetapi bayaran balik sedang diproses dengan pelanggan dijangka menerima wang kemabli dalam tempoh 14 hari, tertakluk kepada prosedur bank.

Ketua pegawai teknikal KTMB, Ahmad Nizam Mohamed Amin, yang kini menjalankan tugas sebagai ketua pegawai eksekutif berkata peningkatan mendadak permintaan menunjukkan bahawa perjalanan kereta api kekal sebagai pilihan utama bagi ramai rakyat Malaysia.

"Sambutan yang menggalakkan dalam tempoh 24 jam membuktikan bahawa kereta api kekal sebagai pilihan utama pengguna.

"Walaupun bilangan transaksi yang gagal adalah sangat kecil, KTMB akan terus menambah baik sistemnya bagi memastikan pembelian tiket yang lebih lancar dan lebih andal," katanya.

KTMB juga memberi jaminan bahawa semua pelanggan yang terjejas akibat transaksi yang gagal akan menerima bayaran balik penuh.

SAYS.com
Image via BernamaImage via

Sistem tempahan KITS berfungsi seperti biasa tetapi platform itu menerima trafik tinggi disebabkan oleh jualan tiket awal yang meliputi tempoh perayaan utama seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan cuti sekolah

Beliau berkata KTMB sedang melaraskan dan menyusun semula jadual kereta api untuk mengendalikan keperluan operasi yang lebih kompleks termasuk sambungan yang lebih baik ke laluan utara dan pantai timur.

"Jualan tiket pembukaan untuk tahun 2026 memerlukan penyelarasan jadual yang terperinci, terutamanya dengan rancangan lanjutan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) ke Johor Bharu yang berkongsi landasan dengan kereta api antara bandar, komuter dan kereta api barang.

"Perancangan ini penting untuk mengekalkan operasi yang selamat dan stabil," katanya.

KTMB juga mengucapkan penghargaan kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan atas komitmen berterusan untuk menambah set tren baharu secara berperingkat.

Aset tambahan ini akan membolehkan KTMB meningkatkan kekerapan, mengembangkan kapasiti dan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa, katanya.

Penumpang digalakkan untuk merancang perjalanan mereka sebagai persediaan musim cuti dan menyemak jadual terkini melalui aplikasi KTMB Mobile. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KTMB atau hubungi pusat panggilannya di 03-9779 1200.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: