Lebih 5k ‘Shares’ Di FB, Resipi Mac & Cheese Crispy Ini Akan Buatkan Air Liur Meleleh!
Kudapan 'hispter' di pagi raya katanya. Ugh, sedap!
Cover image via Wann Rohani / FacebookAnda inginkan kelainan untuk kudapan di Hari Raya? Kalau nak sesuatu yang lain daripada yang lain dan mudah untuk dimasak, boleh cuba resipi Mac & Cheese Crispy ini!
Image via Giphy
Kalau ada anak ramai di rumah, bolehlah cuba untuk resipi terbaru Mac & Cheese Crispy yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook iaitu Wann Rohani. Memang nampak sedap sangat dan semudah ABC je anda boleh menyiapkan juadah kudap ini untuk anak-anak dan keluarga tersayang.
Oh ya, resipi ini juga digemari ramai sehingga mendapat 5 ribu perkongsian di laman Facebook. Pasti ramai yang ingin mencuba! Jom belajar buat, resipi penuh di bawah:
Bahan-bahan yang digunapakai adalah Marcaroni dan juga cheese powder sahaja. Sangat mudah!
Menurut Wann, resipi ini sedang viral di Thailand. Namun, jika anda seorang yang tidak menyukakan cheese, boleh juga letak apa-apa perisa lain mengikut cita rasa. Contohnya BBQ, ayam atau nestum.
Image via Wann Rohani / Facebook
Resepi asal adalah menggunakan Macaroni, tapi boleh juga pilih Penne sebab lebih besar. Oh ya, untuk mendapatkan serbuk cheese ini, boleh cari dan beli di mana-mana kedai yang menjual bahan membuat kek.
Seterusnya, boleh ikuti tips di bawah:
1) Rendam macaroni dengan air selama lebih kurang 45 minit. Bukan rebus ya, rendam sahaja.
Image via Wann Rohani / Facebook
Masukkan macaroni dalam mangkuk, rendam macaroni dengan air selama 45 minit. Tak perlu rebus tau, just rendamkan. 45minit tu just nice. Kalau lama sangat nanti kembang, kalau sekejap pulak lepas goreng jadi keras.
Ingat tau, rendam 45minit, air tenggelam. Kalau guna pasta yang lebih tebal, make sure rendam lama sikit. Kalau tak, nanti keras tak boleh krap krup krap. Depends pada jenama pasta juga tau. Sebab setiap jenama tak sama tebalnya. Try dulu 45minit. Kalau leras, boleh rendam lebih masa lagi.
NOTA: Nak tukar jenis pasta pun boleh, spiral boleh, reben boleh.
Image via Wann Rohani / Facebook
Kat tapak tangan tu warna dah berubah sikit lepas dah rendam 45 minit. Nampak kembang sikit dah kan hehe. Kalau taknak keras, rendam lebih lama tau.
2) Panaskan kuali dan sedia untuk digoreng!
Image via Wann Rohani / Facebook
Image via Wann Rohani / Facebook
Ketika di goreng ni, kacau kacau ya. Pastikan setiap ketul tu jangan melekat. Kalau melekat, sila pisahkan mereka.
3) Selepas warna dah menjadi golden, toskan
Image via Wann Rohani / Facebook
4) Seterusnya, masukkan macaroni yang telah digoreng tersebut di dalam bekas yang ada penutup
Image via Wann Rohani / Facebook
Masukkan cheese powder, kalau anda sukakan cheese yang banyak, boleh letak mengikut cita rasa. Pasti sedap!
5) Akhir sekali, tutup bekas tersebut dan goncang untuk meratakan semua cheese dan macaroni yang telah dimasak
Image via Wann Rohani / Facebook
Ok last part. Tutup bekas dan shake, shake, shake, shake! Pastikan shake sampai rata dan semua cheese powder membaluti macaroni kita.
6) Final product! Tadaaa! Senang je bukan?
Image via Wann Rohani / Facebook
Jika anda ingin mencuba, boleh kongsi dan ikuti resipi di atas. 🙂
Image via Giphy

