Lebih 55,000 Rakyat Malaysia Non-Muslim Kahwin Dengan Warga Asing, Singapura Antara Yang Terbanyak

Singapura berada di kedudukan ketiga terbanyak daripada data tersebut.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejumlah 55,458 perkahwinan melibatkan rakyat Malaysia bukan Islam dengan pasangan warga asing dari 2019 hingga 2025

Menerusi laporan Berita Harian, dapatan itu adalah berdasarkan rekod pendaftaran di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tempoh tujuh tahun terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Singapura adalah antara tiga negara yang mencatatkan jumlah tertinggi dengan China di tempat pertama diikuti VIetnam di kedudukan kedua.

"Warga China merekodkan 9,195 perkahwinan dengan rakyat Malaysia yang meliputi 3,030 lelaki dan 6,165 perempuan, diikuti Vietnam dengan 8,620 perkahwinan (semua perempuan).

"Singapura pula dengan 8,802 perkahwinan (5,910 lelaki dan 2,892 perempuan), Thailand dengan 5,186 perkahwinan (semua perempuan) dan Indonesia dengan 4,263 perkahwinan (semua perempuan).

"Secara keseluruhan, kelima-lima negara ini menyumbang 36,066 daripada 55,458 perkahwinan pasangan bukan Muslim antara rakyat Malaysia dan bukan warganegara," katanya.

SAYS.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail..

Image via Bernama

Dasar dan pelaksanaan imigresen negara tertakluk Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 memperuntukkan kawalan terhadap kemasukan, keberadaan dan aktiviti warganegara asing di Malaysia

Menurut Saifuddin, di bawah Peraturan 11, pasangan warga asing kepada rakyat Malaysia layak memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) Kategori Pasangan Warganegara, membolehkan mereka menetap secara sah di Malaysia bagi tujuan penyatuan keluarga, tertakluk kepada syarat, tempoh dan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Beliau berkata, secara prinsipnya, PLSJP tidak memberikan kebenaran bekerja secara automatik memandangkan tujuan pas itu adalah keberadaan atas asas kekeluargaan dan bukan pekerjaan, selaras Peraturan 9 yang menetapkan bahawa sebarang aktiviti pekerjaan berbayar adalah tertakluk kepada pas pekerjaan yang berkenaan.

"Bagaimanapun, sebagai langkah penambahbaikan berasaskan kebajikan keluarga, kerajaan membenarkan pemegang PLSJP untuk memohon endosmen kebenaran bekerja melalui Jabatan Imigresen Malaysia.

" Ia tertakluk penilaian kes demi kes, termasuk aspek keselamatan, latar belakang, jenis pekerjaan serta pematuhan undang-undang imigresen dan buruh.

"Kebenaran ini diberikan secara bersyarat dan boleh diperbaharui selaras dengan status perkahwinan yang sah," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: