Lebih 340,000 Polisi Insurans & Takaful Perubatan Dibatal Akibat Kenaikan Harga

Difahamkan, perkara ini akan mewujudkan kitaran tekanan berterusan terhadap kedua-dua sektor awam dan swasta.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & Curasia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih 340,000 polisi insurans dan takaful perubatan (MHIT) dibatal atau diserahkan semula oleh pemegang polisi dalam tempoh Januari 2024 hingga Jun 2025

Menerusi laporan Berita Harian, situasi itu didedahkan dalam Kertas Putih Pelan Asas MHIT yang dibentangkan minggu lalu, menunjukkan pembatalan berlaku susulan semakan semula premium oleh syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) bagi menampung peningkatan kos tuntutan perubatan.

Semakan semula harga premium yang dilaksanakan sebelum pengenalan langkah interim pada 2025, menyaksikan kenaikan sehingga 40 peratus bagi majoriti pemegang polisi selari dengan peningkatan kos tuntutan perubatan.

Kertas Putih itu turut memaklumkan, 340,000 polisi berkenaan mewakili 5.2 peratus daripada polisi yang disemak semula, selepas mengambil kira polisi yang kemudian dipulihkan semula.

Keadaan terbabit menimbulkan cabaran ketara kepada pemegang polisi yang terkesan kerana kekurangan pelan alternatif yang berdaya maju untuk mengekalkan perlindungan kesihatan mereka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

40 peratus daripada polisi yang disemak mengalami kenaikan premium antara 11 hingga 20 peratus

Data yang dikemukakan juga menunjukkan 30 peratus lagi mencatat kenaikan antara 21 hingga 40 peratus.

Selain itu, lima peratus polisi mencatat kenaikan premium di antara 41 hingga 60 peratus, manakala empat peratus lagi mengalami kenaikan melebihi 60 peratus, menambah tekanan kepada kemampuan kewangan isi rumah.

Kertas Putih itu menjelaskan, pelarasan premium yang ketara berlaku selepas penangguhan semakan harga ketika tempoh pandemik COVID-19, sebelum disambung semula bagi mencerminkan kos tuntutan sebenar.

Dalam konteks pembiayaan kesihatan negara, laporan itu menyatakan 39 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan pada 2024 dibiayai secara perbelanjaan sendiri oleh isi rumah, manakala sumbangan insurans swasta kekal rendah iaitu kurang daripada lapan peratus.

Kesannya, ramai individu yang tidak lagi mampu mengekalkan perlindungan swasta

Ia menyebabkan ramai antara mereka terpaksa kembali bergantung kepada sistem kesihatan awam sekali gus mewujudkan kitaran tekanan berterusan terhadap kedua-dua sektor.

Susulan itu, kerajaan melalui Strategi RESET memperkenalkan pembangunan Pelan Asas MHIT sebagai satu inisiatif utama bagi menangani isu struktur kos dan kemampuan dalam pasaran insurans perubatan swasta.

Pelan Asas MHIT disasarkan kepada dua kumpulan utama, iaitu individu yang belum mempunyai perlindungan MHIT serta mereka yang mencari alternatif lebih mampu milik akibat peningkatan premium sedia ada.

Menurut Kertas Putih itu, kadar penembusan pelan MHIT individu di Malaysia kini sekitar 22 peratus daripada populasi, tidak termasuk perlindungan kumpulan seperti skim faedah pekerja.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Business Today

Pelan Asas MHIT menawarkan perlindungan tahunan RM100,000 yang ditetapkan berdasarkan taburan tuntutan perubatan terkini

Ia dijangka mencukupi untuk 99 peratus kekerapan rawatan di hospital swasta.

Bagi individu berusia lebih 60 tahun, had tahunan itu akan meningkat secara automatik kepada RM150,000 bagi mencerminkan keperluan rawatan lebih kompleks pada usia lanjut.

Kertas Putih itu turut memperincikan pilihan Pelan Asas MHIT Standard-Plus yang menawarkan had perlindungan lebih tinggi sebanyak RM300,000 dengan struktur deduktibel antara RM10,000 hingga RM15,000.

Langkah itu bertujuan menyediakan pilihan kepada individu yang berupaya menanggung kos awal rawatan tetapi ingin perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan berskala besar.

Dari segi kestabilan harga, premium Pelan Asas MHIT akan ditetapkan berdasarkan prinsip aktuari yang kukuh serta mekanisme perkongsian risiko merentas semua ITO yang mengambil bahagian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: