Lebih 30 Individu Maut Dalam Serangan Udara Tentera Myanmar Di Hospital

Sekurang-kurangnya 20 mayat yang ditutupi kain kelihatan di atas tanah di luar hospital sejak semalam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via One Nation News & RTE
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah serangan udara oleh tentera Myanmar telah membunuh lebih 30 orang di sebuah hospital

Menerusi laporan Harian Metro, pekerja bantuan di lokasi insiden memaklumkan perkara itu selepas bermulanya serangan dahsyat menjelang pilihan raya bulan ini oleh pemerintahan tentera (junta).

Junta meningkatkan serangan udara tahun demi tahun sejak bermulanya perang saudara Myanmar, kata pemantau konflik dan selepas rampasan kuasa 2021 yang menamatkan demokrasi berdekad.

Tentera menetapkan pilihan raya bermula 28 Disember, dengan menggembar-gemburkan undian itu sebagai permulaan kepada pertempuran, tetapi pemberontak berikrar untuk menyekatnya daripada wilayah dikuasai mereka, yang ketika ini sedang direbut semula junta.

SAYS.com
Image via AFP

Kejadian berlaku di Rakhine barat, kawasan berdekatan sempadan Bangladesh

Pekerja bantuan di lokasi, Wai Hun Aung berkata sebuah jet tentera mengebom hospital umum Mrauk-U di Rakhine barat yang bersempadan dengan Bangladesh, semalam.

"Situasinya sangat teruk. Buat masa ini, kami boleh mengesahkan terdapat 31 kematian dan kami fikir akan ada lebih banyak kematian lagi," katanya.

Insiden terbabit turut menyebabkan 68 orang cedera dan jumlah itu mungkin bertambah.

Sekurang-kurangnya 20 mayat yang ditutupi kain kelihatan di atas tanah di luar hospital sejak semalam. Jurucakap junta pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: