Lebih 285,000 Kes Kad Pengenalan Hilang, 50 Peratus Daripadanya Melibatkan Golongan Belia
Kes kehilangan kad pengenalan itu melibatkan belia berusia 15 hingga 30 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 142,535 daripada jumlah 285,568 kes kehilangan kad pengenalan tahun lalu direkodkan melibatkan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata perkara itu amat membimbangkan kerana kad pengenalan berfungsi sebagai dokumen penting untuk memberi pelbagai akses urusan rasmi.
"Untuk golongan belia, daripada jumlah kes kehilangan kad pengenalan, lebih 136,000 kes adalah akibat kecuaian dan jumlah ini cukup besar.
"Jadi. golongan belia apabila mereka cuai akan terjadi risiko kecurian identiti dan penipuan, kedua menyebabkan kesulitan urusan rasmi, ketiga adalah kos (denda penggantian kad pengenalan baharu) dan masa penggantian serta akhir sekali mengakibatkan tekanan emosi," katanya.
Seseorang individu perlu membayar sejumlah RM110 bagi mendapatkan kad pengenalan baharu selepas hilang kali pertama
Menurut portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007).
Bagi mendapatkan kad pengenalan baharu, seseorang itu perlu melunaskan dua kategori pembayaran iaitu Bayaran Permohonan dan Bayaran Proses.
Untuk warganegara, seseorang itu perlu membayar sejumlah RM110 meliputi kedua-kedua bayaran bagi kehilangan kali pertama, RM310 untuk kehilangan kali kedua dan RM1,010 untuk kehilangan kali ketiga dan seterusnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 