Lebih 2,000 Mangsa Kini Dipindahkan Ke PPS Selepas Banjir Di Perak Semakin Buruk

Antara daerah yang terjejas ialah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Peraktastic (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keadaan banjir di Perak semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 2,171 orang daripada 759 keluarga setakat jam 8 pagi tadi

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak mendapati dua daerah masih terjejas iaitu Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung dengan keseluruhan 22 PPS beroperasi.

Menerusi laporan Bernama, 19 PPS dibuka di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) yang menempatkan 1,784 penduduk, manakala tiga PPS di Manjung menampung 387 penduduk.

Antara lokasi terjejas di daerah LMS ialah Kampung Simpang Halt, Batu 8, Ulu Sepetang, Matang Gelugor, Matang dan Changkat Jering.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di dua daerah berkenaan dinaiki air, dengan operasi menyelamat dan bantuan digerakkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

SAYS.com
Image via FacebookImage via

PPS kini dibuka di sekolah-sekolah dan masjid

Antara PPS di LMS ialah Dewan Perdana Trong, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Masjid Al-Wusta Batu 8, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan SK Batu Hampar.

Di Manjung pula, PPS dibuka di SK Sungai Batu, Pantai Remis; SK Beruas dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pengkalan Baru dengan kebanyakan mangsa membabitkan penduduk di Kampung Nelayan, Kampung Sungai Batu, Taman Pantai Wang serta Kampung Pulau Kabung.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir akan melanda daerah LMS, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak pagi ini.

Tiga sungai iaitu Kolam Bukit Merah, Sungai Kampar dan Sungai Slim dilaporkan berada pada paras bahaya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: