Lebih 200 Orang Derma Darah Untuk Pelajar UPSI Cedera Dalam Kemalangan Bas – “Respect!”
Terbaik semua!
Cover image via @perakpress (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Solidariti rakyat terserlah apabila ratusan tampil menderma darah demi bantu pelajar UPSI yang cedera dalam nahas bas baru-baru ini
Selepas insiden kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tular baru-baru ini, orang ramai tampil menunjukkan solidariti dalam bentuk paling bermakna dengan menderma darah.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan orang ramai yang menderma darah untuk membantu mangsa kemalangan nahas terbabit yang mendapat pujian ramai.
Image via @perakpress (Threads)
Image via @perakpress (Threads)
Ramai hadir tunjuk solidariti untuk menderma darah
Difahamkan, Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh menerima kehadiran lebih 200 orang penderma darah yang tampil sukarela bagi menyokong pelajar UPSI yang terselamat dalam nahas bas di Gerik.
Ia selepas tular pihak hospital memberitahu bahawa bekalan darah yang dikumpul amat diperlukan untuk merawat mangsa yang mengalami kecederaan parah.
Susulan itu, ramai yang datang secara sukarela selepas melihat berita kemalangan dan rayuan derma darah dikongsi di media sosial. Ada yang sanggup menunggu berjam-jam untuk giliran, tanpa rungutan.
Image via @perakpress (Threads)
Lihat hantaran di bawah:
Pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan bas di Gerik mungkin belum sembuh sepenuhnya, tapi solidariti rakyat jelas beri sinar harapan 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


