Lebih 160,000 Kompaun Kini Dikeluarkan KKM Sejak Larangan Merokok Dikuatkuasakan

Banyak juga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 160,839 kompaun selepas penguatkuasaan larangan merokok

Jumlah kompaun yang dikenakan mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini telah direkod sehingga 30 November lalu.

Menerusi laporan Bernama, sehingga tarikh tersebut, KKM telah melaksanakan 25,643 aktiviti penguatkuasaan membabitkan pemeriksaan ke atas 496,247 premis di seluruh negara.

Daripada jumlah kompaun itu, 67 kompaun adalah ke atas kesalahan orang belum dewasa (OBD) membeli produk merokok, merokok di kawasan larangan (137,568), OBD merokok (4,886) serta membabitkan kesalahan tuan punya bangunan atau penghuni (18,318).

"Sebanyak 2,352 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan tidak boleh dikompaun," menurut KKM.

SAYS.com
Image via Utusan/Fachri Zulkifli

Penguatkuasaan telah bermula pada 1 Oktober 2024

Pelaksanaan penuh pula telah bermula sejak 1 Oktober lalu, dengan pelancaran Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) bagi memperkukuh aktiviti penguatkuasaan di bawah akta berkenaan.

Menurut KKM, operasi berkenaan memberi tumpuan utama kepada aktiviti pengilangan, pengedaran dan penjualan semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik (vape), sebagai langkah melindungi generasi muda daripada bahaya produk tersebut yang semakin berleluasa

Bagi tindakan pendakwaan, KKM memaklumkan 58 kes sudah selesai dibicarakan di mahkamah dengan jumlah denda RM394,700 dikenakan.

KKM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan merupakan pilihan terakhir, sambil menggesa semua pihak bekerjasama mematuhi Akta 852 demi mencegah penyakit dan mencapai tahap kesihatan awam yang optimum.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: