Lebih 100 Orang Peserta Masuk Pertandingan Mengelamun – “Sukan Olimpik Is Watching”
Siapa yang kuat mengelamun tu boleh join ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah acara sambutan Hari Kemerdekaan di Indonesia dilihat agak unik apabila terdapat penganjuran pertandingan mengelamun dalam sambutannya
Menerusi laporan Sinar Harian, acara yang diadakan di Kotagede, Yogyakarta itu telah berlangsung pada 20 Ogos dilakukan di sebuah padang terbuka dan disertai lebih daripada 100 orang peserta.
Menurut salah seorang peserta, Alfina Tri Agustin, 25, pertandingan ini dianggap sebagai satu caranya untuk ada 'me time' mengalihkan seketika daripada tanggungjawab sebagai seorang dewasa.
"Saya memang sering mengelamun, jadi bila nampak ada pertandingan ini saya rasa ia sangat sesuai. Semakin dewasa, kita semakin dibebani tanggungjawab hingga sukar mencari masa untuk mengelamun. Di sini, ia malah digalakkan," katanya.
Bagi seorang lagi peserta, Ibnu Wahyu pula menyertai pertandingan itu hanya kerana rasa ingin tahu.
"Rupanya tidak mudah untuk mengelamun apabila tidak biasa, apatah lagi di tengah khalayak. Akhirnya saya banyak berfikir, bukannya mengelamun," katanya sambil ketawa selepas tersingkir dalam tempoh 10 minit.

Diisnpirasi daripada sebuah acara yang sama di Jepun
Walaupun ia diambil daripada konsep yang sama dari Jepun, penilaian dan peraturannya telah diubah pada pertandingan tersebut.
Di Jepun, pengesan kadar denyutan jantung ada digunakan untuk menilai tahap fokus tetapi penganjur tempatan memilih untuk menggunakan panel juri yang terdiri daripada ahli psikologi serta penggiat gaya hidup perlahan (slow living) dalam pertandingan ini.
Mereka menilai ekspresi wajah dan reaksi peserta terhadap gangguan, sesiapa yang kelihatan hilang fokus akan disingkirkan dengan bunyi wisel.
Pertandingan berlangsung dalam beberapa pusingan saringan sebelum masuk ke peringkat akhir dengan hadiah disediakan untuk kategori 'pengelamun terlama', 'paling ekspresif' dan 'kostum terbaik'.

Tidak menyangka acara dapat sambutan penyertaan ramai
Pihak penganjur pada awalnya hanya menjangkakan sekitar 20 orang peserta namun terkejut apabila 120 orang didapati mendaftar.
Pertandingan ini dianjurkan oleh kumpulan komuniti Tamasya Karsa yang menjelaskan objektif acara adalah untuk memberi ruang kepada masyarakat berhenti sejenak daripada gaya hidup serba pantas.
"Hari ini, segala-galanya bergerak terlalu cepat. Kami mahu mencipta ruang untuk memperlahankan langkah. Melalui mengelamun, orang ramai boleh mengambil masa untuk diam dan membiarkan fikiran bebas mengembara," kata wakil penganjur.
Salah seorang finalis pertandingan berkenaan, Bima berjaya menjadi juara selepas mengelamun selama empat jam.
"Hadiah tidaklah besar, tapi saya cuma mahu peluang untuk berehat dan berasa gembira sambil mengelamun dengan tenang," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 