Lebih 100,000 Peminat Final Piala Malaysia & Konsert Amy Search Bakal Bertembung Sabtu Ini

Jalan di sekitar Bukit Jalil esok dijangka sesak susulan Final Piala Malaysia dan konsert Amy Search Magic berjalan serentak di sana.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kawasan sekitar Bukit Jalil dijangka sesak pada hari esok, 26 April memandangkan Final Piala Malaysia dan sebuah konsert Amy Search Magic bakal berlangsung serentak di sana

Sepak mula perlawanan Final Piala Malaysia yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim dan Sri Pahang akan bermula pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala konsert Amy Search Magic bakal berlangsung bermula jam 8.30 malam di Axiata Arena.

Anda dinasihatkan untuk rancang perjalanan anda dengan baik jika mahu ke kawasan berkenaan kerana dijangka lebih 100,000 peminat tidak kira bola sepak atau pun konsert bakal menuju ke tempat yang sama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ticket2U

Nak pergi ke Bukit Jalil tapi tak nak hadap jem? Jangan risau pengangkutan awam kan ada

Para pengunjung yang mahu ke Bukit Jalil dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam tren LRT.

Laluan LRT Sri Petaling berhenti betul-betul di Stesen Bukit Jalil di mana pengunjung hanya perlu berjalan kaki sekejap sahaja untuk ke kedua-dua venue. Rapid KL juga akan memanjangkan waktu operasi tren, jadi anda boleh keluar dari venue selepas tamat acara tanpa tergesa-gesa.

Stesen Bukit Jalil akan beroperasi sehingga 12.30 pagi (27 April). Anda dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch 'n Go dan pastikan terdapat baki yang mencukupi untuk perjalanan yang lancar.

Stesen berikut juga akan melanjutkan waktu operasinya pada 26 April ini:

LALUAN KELANA JAYA

  • Masjid Jamek
  • Pasar Seni
  • Putra Heights

LALUAN AMPANG / SRI PETALING

  • Plaza Rakyat
  • Masjid Jamek
  • Putra Heights
  • Hang Tuah
  • Titiwangsa
  • Maluri
  • Sungai Besi
  • Chan Sow Lin

LALUAN MONOREL

  • Hang Tuah
  • Titiwangsa

LALUAN KAJANG

  • Pasar Seni
  • Maluri
  • Merdeka
  • Kwasa Damansara
  • Tun Razak Exchange

LALUAN PUTRAJAYA

  • Kwasa Damansara
  • Sungai Besi
  • Chan Sow Lin
  • Titiwangsa
  • Tun Razak Exchange

Jika anda memilih untuk memandu ke sana, pastikan anda menggunakan jalan-jalan di bawah bagi mengelak trafik yang lebih sesak

Aliran trafik dijangka mula meningkat dengan penambahan kenderaan di jalan raya bermula jam 5 petang.

Jadi, anda disaran untuk bertolak lebih awal dan mengambil jalan alternatif di bawah bagi perjalanan yang lebih lancar:

  • Dari Klang/Subang → Masuk ke KESAS Expressway
  • Dari Cheras/Ampang → Gunakan SUKE Expressway
  • Dari Pusat Bandaraya KL → Gunakan terowong SMART

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: