“Lawa Tapi Rumah Macam Tempat Sampah” – Individu Dedah Wanita Sering Minta Bantuan Darinya

Kalau macam ni gayanya, bukan duit yang dia perlu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X & Grok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah beberapa kali dihubungi, seorang lelaki akhirnya dapat tahu perangai sebenar seorang wanita yang sering meminta bantuan daripadanya

Menerusi perkongsian @HasnanRudy di X, semuanya bermula apabila seorang wanita yang dikatakan mempunyai penampilan menarik datang meminta bantuan memaklumkan padanya sudah empat hari tidak makan.

"Selang beberapa hari, tiba-tiba dia WhatsApp aku. Dia cakap dia lapar dan mana makanan dia? Aku rasa something wrong but try bersangka baik maybe sebab lapar.

"Tapi masa tu aku dah kehabisan makanan yg aku jual. Selang beberapa hari, dia minta tolong aku bawa dia pergi berbelanja barang dapur. Masa tu aku dengan kawan aku dah siapkan serba sedikit barang untuk keperluan hidupnya. Dia ni dapat bantuan Baitulmal dan sara tapi aku pelik kenapa dia tak makan.

"So selesai dia berbelanja, aku dengan kawan aku nak ajak dia pergi makan kat kedai makan. Tapi dia tak nak. Dia suruh kami bungkuskan makanan untuk dia. Actually, kami hanya ajak makan tapi dia terus tetapkan apa yang dia nak makan. Dia minta kami bungkus makanan dua dan air dua.

"So kitorg belikan je la sebab dia teringin. Dalam kereta dia sempat beritahu kami, dia nak berniaga makanan dari rumah. Dia plan nak buat sandwich. Its a good idea for me. Dia cakap dia nak start bulan depan. Dia beli barang sangat banyak. So kami kena tolong hantar barang ke rumah dia," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Terkejut melihat wanita cantik tetapi tinggal di rumah yang tidak terurus

Tiba sahaja di rumah wanita terbabit, lelaki itu tergamam melihat keadaan rumah yang digambarkan seperti rumah sampah, langsung tidak dijangkanya dihuni oleh wanita yang mempunyai rupa.

"Aku dan kawan aku letak barang dalam rumah dia dan kami dok terfikir macam mana dia nak niaga sandwich dari rumah? Jiran-jiran dia okay ke dapat jiran macam ni?

"Dia cakap tu semua salah anak dia. Dia kata tak larat berjalan tapi kami tengok elok je dia berjalan. Rumah sampah dekat bawah tu je.

"Aku dengan kawan aku terus balik rumah dan masih tak dapat lupakan mimpi ngeri yang kitorang tengok tu. Selang beberapa hari, dia WhatsApp kami, dia minta topupkan handphone anak dia sebanyak rm60. Omaigad, dia buat kami macam tukang sara hidup dia pulak," tambahnya.

Gambaran keadaan rumah itu menurut lelaki berkenaan.

Image via X

Bukan orang pertama yang terkena

Menurutnya, mereka bukanlah orang pertama yang terkena dengan wanita itu yang sering meminta bantuan daripada orang lain.

"Saya sempat tanya management kenal ke penyewa rumah yg saya maksudkan? Management tanya saya balik, dia ada buat apa-apa masalah lagi ke? Saya terkejut sebab respond management macam tu. Management beritahu saya untuk block nombor dia. Dia pantang dibantu sekali. Lepas tu dia akan lebih-lebih.

"Rupanya saya bukan orang pertama yang kena dengan dia. Ramai orang dah terkena dgn dia. Sekarang management tengah ambil tindakan dengan nak panggil tuan rumah tu untuk tengok keadaan rumah dia sendiri. Sebenarnya, apa yang saya nampak, akak ni kuat menipu dan berlakon seakan terpaling susah.

"Orang lain pun ramai yang susah. Akak ni penampilan dia jaga tapi kebersihan tempat tinggal tu dia abaikan langsung. Bila takde duit, dia berhutang sana sini. Sekarang ramai yang dah tak nak bantu dia lagi. Bantuan baitulmal dapat, Sara pun dapat,  cash pun dapat, so dia kena guna dengan betul," kongsinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: