Langgar Lampu Merah Dan Rempuh Pejalan Kaki, Penunggang Motosikal Diburu Polis

Jangan ingat boleh lepas ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS via Penang Kini
Logo

Seorang akauntan berusia 42 tahun patah dua batang gigi dan lebam di dahi selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam kejadian langgar lari di Sungai Nibong, Pulau Pinang

Kejadian yang berlaku pada jam 6.50 petang Isnin lalu di Jalan Sultan Azlan Shah itu dapat dirakam kamera litar tertutup dan video berdurasi 29 saat itu menjadi viral di media sosial.

Difahamkan juga, penunggang motosikal tersebut telah melanggar isyarat lampu merah dan hanya berhenti sebentar untuk melihat mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Beberapa orang pemandu kereta juga kelihatan tidak berhenti dan membantu mangsa yang tercampak selepas dirempuh motor terbabit.

Mangsa yang dikatakan dalam perjalanan untuk menjemput anaknya dari sekolah berusaha untuk bangun sendiri dan berjalan dalam keadaan yang sakit sebelum diberi bantuan dari ibu bapa dan pengawal keselamatan sekolah anaknya.

Ekoran kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal berkenaan, mangsa membuat laporan polis.

Laporan daripada [Harian Metro](https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267471/tengok-sekejap-sebelum-lari-metrotv) mengatakan pihak polis kini sedang memburu penunggang motosikal terbabit dan orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

Video kejadian yang dirakam kamera litar tertutup:

Image via Facebook

Image via Facebook

Depan SJKC Kwang Hwa Sungai Nibong.
Siapa yang bersalah?
Pejalan kaki atau penunggang moto?
Apapun tindakan penunggang moto blah macam tu saja amat tidak wajar

Posted by Penang Kini on Tuesday, 26 September 2017

Image via Facebook

Kejadian sama juga pernah berlaku pada 6 April yang lalu, di mana mangsa seorang wanita berusia 58 tahun maut selepas dirempuh dengan kuat oleh seorang penunggang motosikal yang melanggar isyarat lampu merah.

Klik link di bawah untuk berita lebih lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes kemalangan langgar lari:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: