Lampu Isyarat AI Baharu Subang Jaya Guna Pembesar Suara Jaga Keselamatan Pejalan Kaki
Sistem Smart Sensor Awareness (SENSA) direka untuk mencegah jenayah dan kemalangan.
Cover image via Majlis Bandaraya Subang Jaya (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) secara rasminya telah melancarkan sistem Smart Sensor Awareness (SENSA)
Sistem lampu isyarat ini dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk memastikan keselamatan pejalan kaki
Dengan memanfaatkan AI, sistem ini bertindak sebagai 'penjaga' berteknologi tinggi untuk orang ramai di zon berisiko tinggi.
"Sistem ini berupaya mengesan kehadiran pejalan kaki secara automatik serta mengaktifkan amaran audio dan visual secara masa nyata kepada pemandu dan pejalan kaki," kata MBSJ menerusi hantaran di Facebook.


SENSA dilengkapi dengan kamera pintar, pembesar suara dan palang lampu LED biru
Elemen-elemen ini berfungsi bersama untuk memberi pengguna jalan raya amaran yang jelas dan memastikan semua orang sentiasa berjaga-jaga.
Sistem ini berupaya mengesan kehadiran pejalan kaki secara automatik serta mengaktifkan amaran audio dan visual secara masa nyata kepada pemandu dan pejalan kaki. Ia juga merangkumi pemantauan 24 jam untuk membantu mencegah jenayah.
Sebagai permulaan, MBSJ telah memasang unit pertama sistem ini di lintasan pejalan kaki di hadapan SMK Puchong Permai.
"SENSA mengintegrasikan kamera pintar beranalitik AI, pembesar suara (horn speaker) serta lampu bar LED biru sebagai isyarat visual yang jelas dan berkesan bagi meningkatkan tahap kewaspadaan pengguna jalan raya," menurut MBSJ.


MBSJ merancang untuk memperluaskan berperingkat di kawasan strategik lain
Menurut MBSJ, sistem ini akan diperluaskan secara berperingkat ke lokasi strategik lain dalam kawasan pentadbirannya.
Sistem ini menggunakan tenaga solar, selaras dengan usaha majlis bandaraya tersebut untuk menjadi bandar rendah karbon.
"Pelaksanaannya yang menggunakan tenaga solar adalah selaras dengan aspirasi pembangunan Bandar Pintar serta komitmen ke arah bandar rendah karbon," kata MBSJ.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



