Lamb Weston Perkenal 6 Potongan Kentang Goreng Baharu Di Malaysia, Dilengkapi Teknologi Stealth™ Batter
Nak kentang goreng ala kafe di rumah? Lamb Weston kini di pasaran runcit Malaysia!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lamb Weston, gergasi kentang sejuk beku global, secara rasminya membawakan pengalaman kulinari bertaraf restoran terus ke dapur rakyat Malaysia
Menerusi acara tasting eksklusif bertema "Rasa Bersama" baru-baru ini, jenama yang sinonim dengan falsafah "We're Potato Obsessed" ini memperkenalkan enam gaya potongan kentang ikonik yang kini boleh didapati di pasaran runcit tempatan.
Pelancaran ini hadir pada waktu yang tepat, memandangkan rakyat Malaysia bakal membuat persiapan bagi menyambut Tahun Baharu Cina, Ramadan dan musim perayaan yang akan datang.

Dari kiri: Pengarah Komersial Asia Tenggara, Lamb Weston, Vicky Mukhi; Chef Elwin (tengah) dan Pengurus Komersial, Retail & Food Service Malaysia dan Singapura, Evelynn Ng.
Image via Lamb Weston MYRahsia kerangupan, teknologi 'Stealth™ Batter'
Salah satu tarikan utama rangkaian produk Lamb Weston ialah penggunaan Stealth™ batter. Salutan eksklusif dan inovatif ini memastikan kentang goreng kekal rangup sehingga dua kali lebih lama berbanding kentang biasa, walaupun dimasak menggunakan air fryer atau ketuhar di rumah.
Bukan itu sahaja, kesemua produk Lamb Weston adalah disahkan Halal, vegan, dan bebas gluten, menjadikannya snek yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Pengurus Komersial Retail & Food Service, Evelynn Ng, memperkenalkan variasi potongan yang direka untuk melengkapkan pelbagai jenis hidangan:

Inovasi hijau pek mesra alam dan sentuhan kulinari perayaan
Lamb Weston turut membuktikan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar. Pembungkusan runcit baharu mereka kini 20% lebih nipis dan diperbuat daripada 60% polietilena bio-boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai.
Langkah ini adalah sebahagian daripada sasaran global syarikat untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 25% menjelang tahun 2033.
Majlis diakhiri dengan demonstrasi masakan oleh Chef Elwin (Naib Presiden Singapore Chef's Association). Beliau menunjukkan bagaimana kentang goreng Lamb Weston boleh diangkat menjadi hidangan perayaan yang mewah untuk dikongsi bersama keluarga, membuktikan bahawa kentang goreng bukan sekadar snek sampingan, tetapi komponen penting dalam keraian.
"Kami benar-benar komited terhadap kentang dan itu bermakna membawakan kentang goreng yang dipercayai restoran di seluruh dunia terus ke rumah rakyat Malaysia," kata Vicky Mukhi, Pengarah Komersial Asia Tenggara, Lamb Weston.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



