Laman Sosial Friendster Buat Comeback, Kali Ini Dengan Sedikit Kelainan

Lain macam Friendster yang baru ni :O

Enlarge text
Cover ImageCover image via Friendster & SAYS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Friendster, platform yang pernah menjadi pendahulu kepada gergasi laman sosial seperti Facebook dan Instagram pada awal tahun 2000-an, secara rasminya telah kembali pada tahun 2026

Dikembalikan semula di bawah pembangunan Mike Carson, platform ini ini hadir dengan visi yang berlainan dengan mengutamakan hubungan dunia sebenar.

Walaupun laman sosial asal Friendster akhirnya diatasi oleh platform yang lebih baharu dan akhirnya ditutup pada tahun 2015, versi baharu ini direka untuk menjadi antitesis bagi platform yang lebih moden.

SAYS.com
Image via SAYS

Konsep teras Friendster yang baharu adalah pengguna tidak boleh berhubung dengan sesiapa pun dalam talian melainkan mereka telah bertemu secara bersemuka

Tersedia secara eksklusif di iOS melalui Apple App Store, aplikasi ini menghapuskan mekanisme cara berhubung yang terdapat pada kebanyakan platform moden.

Tiada bar carian, tiada senarai rakan yang dicadangkan dan tiada pilihan untuk menambah orang yang tidak dikenali. Setelah mendaftar, pengguna bermula dengan 'papan tulis' kosong sepenuhnya, kerana tiada profil, foto lama atau data dari platform asal dikembalikan.

Untuk berhubung, dua pengguna mesti bertemu secara fizikal dan memulakan 'the tap', satu ciri di mana mereka mendekatkan iPhone mereka bersama-sama atau bergantung pada jarak untuk menjadi rakan.

Jika pengguna belum bertemu seseorang secara bersemuka, individu itu tidak akan wujud dalam rangkaian Friendster mereka.

Sebaik sahaja sambungan berlaku, pengalaman pengguna akan beralih kembali kepada media sosial biasa

Antara muka ini menawarkan perkongsian media sosial peribadi yang ringkas yang dikhaskan khusus untuk individu yang telah berhubung dengan pengguna. Tiada iklan dan tiada spam.

Platform ini sengaja mengalih keluar semua metrik penglibatan awam, bermakna tiada 'likes', tiada kiraan pengikut dan tiada ruangan bahagian komen awam.

Sambungan pada aplikasi ini turut direka bentuk untuk sementara waktu. Jika pengguna tidak bertemu lagi dalam tempoh setahun, pautan digital mereka akan hilang secara beransur-ansur melainkan mereka menyambung semula secara bersemuka.

SAYS.com
Image via Friendster

Laman sosial ini kembali pada masa media sosial moden yang lain menghadapi beberapa isu

Antara yang paling banyak berlaku adalah kandungan yang dipacu algoritma, corak ketagihan mengguna media sosial dan toksik dalam
talian.

Dengan menghapuskan hingar digital dan memaksa interaksi kembali ke dunia fizikal, Friendster meletakkan platformnya sebagai tempat bertenang daripada status quo digital.

Anda boleh mencuba dan melihat laman sosial baharu ini di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest