Lalu Jalan Ikut ‘Waze’, Wanita Bersama Bayi Sesat 3 Jam Dalam Hutan Lepas Lalu Kubur Lama

Difahamkan, wanita itu tersesat dalam hutan selepas melalui kawasan perkuburan lama di Bangi Lama, Sabtu lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fadylla Ismail
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita tersesat ke dalam hutan selama tiga jam selepas mengikut jalan aplikasi navigasi di Kampung Batu 3, Bangi Lama, Kajang

Menerusi laporan Berita Harian, Fadylla Ismail, 34, berkata kejadian berlaku ketika dia menghantar pembantu rumah pulang ke kampung berkenaan kira-kira jam 7 malam bersama bayi kecilnya dan anak saudaranya.

Katanya, itu kali pertama dia menjejakkan kaki ke kawasan terbabit dan menggunakan aplikasi navigasi untuk mencari jalan pulang ke rumahnya di Semenyih.

"Namun, laluan yang ditunjukkan membawa saya melalui jalan sempit dan sunyi berhampiran kawasan perkuburan lama. Saya tak sedap hati bila nampak kawasan kubur kiri kanan, tapi aplikasi navigasi tunjuk terus ke depan.

"Lama-lama makin dalam sampai saya tak tahu di mana. Rangkaian Internet telefon pun hilang.

"Kiri sungai, dikelilingi hutan, di hadapan lubang besar, saya cuma mampu tawakal," katanya.

SAYS.com
Image via Fadylla Ismail

Keadaan jalan yang tidak baik menyebabkan kenderaannya tersangkut

Dia yang memandu kereta sedan model BMW berkata keadaan jalan yang sempit dan berlubang menyebabkan keretanya tersangkut.

Fadylla berkata keadaan menjadi semakin cemas apabila bayi kecilnya berusia tiga bulan, Sayf Gibran, menangis tanpa henti dalam keadaan gelap dan sunyi.

Dia kemudiannya sempat memuat naik hantaran ringkas di media sosial meminta bantuan walaupun capaian Internet ketika itu sangat lemah.

"Saya cuba ubah laluan tapi tak boleh sebab tiada Internet. Jalan depan gelap, belakang lubang besar, kiri pula sungai.

"Saya cuba hubungi 999 tapi talian asyik terputus. Masa tu saya dah sesak nafas, serangan anxiety datang. Saya cuma doa moga ada orang jumpa.

"Saya tak sangka video saya dalam kereta tu akan tersebar. Ramai tak tahu saya memang dalam panik dan hampir tak boleh bernafas," katanya.

SAYS.com
Image via Fadylla Ismail

Ditemui pasukan polis dan bomba selepas panggilan kecemasan diterima

Menurutnya, pasukan polis dari Balai Semenyih dan Kajang bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) akhirnya menemui mereka kira-kira jam 9 malam selepas mengesan lokasi melalui panggilan kecemasan yang terputus-putus.

Fadylla berkata suaminya yang bergegas dari tempat kerja turut membantu dalam operasi mencari sebelum akhirnya menemui mereka dalam keadaan selamat.

"Saya sangat berterima kasih kepada dua anggota polis peronda dan bomba yang selamatkan kami. Dalam keadaan gelap dan saya hampir panik, mereka datang tepat pada masanya.

"Saya sangat bersyukur. Walaupun kereta rosak teruk, nyawa kami selamat. Moga pengalaman ini jadi pengajaran supaya berhati-hati guna aplikasi navigasi terutama bila memandu waktu malam," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: