Lagu Pink Panther, Kopi Dangdut Jadi ‘Playlist’ Ketika Graduan Ambil Skrol Di Majlis Konvo
Lain daripada yang lain ni.
Cover image via @dsinspire (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, alunan gamelan sentiasa menjadi pilihan lagu latar belakang semasa para graduan mengambil skrol di majlis konvokesyen
Namun, lain pula bagi sebuah majlis konvokesyen Institut Pendidikan MARA (IPMa), Majilis Konvokesyen Perdana IPMA 2025 berkenaan memainkan lagu-lagu yang unik ketika graduan mengambil skrol.
Menerusi video perkongsian @dsinspire di TikTok, rakaman di majlis konvokesyen itu menunjukkan beberapa lagu yang tidak pernah disangka akan dimainkan di majlis sedemikian.
Berdasarkan dua video yang dikongsinya di TikTok, antara alunan muzik yang dimainkan ialah lagu tema Pink Panther dan Kopi Dangdut.
Image via TikTok
Mendapat komen negatif daripada netizen
Menerusi tinjauan di bahagian komen rata-ratanya memberi reaksi kurang baik terhadap lagu-lagu ynag dimainkan di majlis berkenaan.
Terdapat juga komen yang mendedahkan lagu seperti Budak Flat, Naruto dan One Piece turut dimainkan di majlis tersebut.
Lihat antara komen di bawah:
Image via TikTok
Image via TikTok
Lihat video-video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


