Lagi Video Janaan AI Palsu, Kali Ini Wajah & Suara Khairul Aming Digunakan Jual Batu ‘Azimat’

Boleh menimbulkan fitnah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, imej dan video janaan AI menggunakan figura tempatan bagi menjual produk yang tiada kena mengena dengan individu tersebut kini semakin menjadi-jadi

Kali ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi mangsa promosi produk yang tiada kena mengena dengan dirinya.

Malah, ia dilihat sebagai janaan yang lebih teruk lagi di mana promosi tersebut bukan sahaja menjana suaranya, ia turut memanipulasi imej Khairul Aming seperti menggunakan produk tersebut sendiri.

Menerusi sebuah hantaran di Threads, video tersebut memaparkan imej Khairul Aming sedang mempromosikan sebuah batu 'azimat' di mana imejnya memakai batu itu telah dijana menggunakan AI.

Dalam video tersebut suaranya turut telah digunakan tetapi di pertengahan video loghatnya tiba-tiba bertukar menjadi loghat Indonesia menjelaskan lagi bahawa video tersebut dijana menggunakan AI.

SAYS.com
Image via Threads

Orang ramai harap Khairul Aming ambil tindakan undang-undang

Menerusi tinjauan di bahagian komen, ramai dilihat mengecam penggunaan AI secara tidak bertanggungjawab itu.

Ada juga yang dilihat meminta supaya Khairul Aming sendiri mengambil tindakan undang-undang kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah dan mencemarkan imejnya.

Orang ramai juga risau bahawa penghasilan video tersebut akan memperdaya individu-individu yang tidak cakna terhadap penyalahgunaan AI ini.

Lihat antara komen di bawah:

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: