Lagi Insiden Langgar Gajah Melintas, Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Ketika Kemalangan

Difahamkan, pasangan suami isteri itu menaiki Perodua Alza.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki melanggar seekor gajah malam tadi, 13 Mei 2025

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.20 malam di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing.

Difahamkan, pasangan suami isteri berusi 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

Image via null

"Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.

"Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Walau bagaimanapun, gajah terbabit dilaporkan tidak mengalami kecederaan

Gajah itu dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian. Dalam pada itu, laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insurans.

"Pihak berkuasa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan di kawasan itu memandangkan laluan berkenaan sering menjadi lokasi pergerakan haiwan liar, terutamanya pada waktu malam," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: