Lagi Bunyi Dentuman Misteri Kedengaran Di Ipoh, Kampar, Tapah & Teluk Intan
Apalah agaknya punca bunyi tu :/
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bunyi letupan kuat didakwa kembali didengari di kawasan sekitar daerah Ipoh, Kampar, Tapah dan Teluk Intan awal pagi tadi
Menerusi laporan New Straits Times, insiden terbabit didakwa berlaku sekitar jam 11.50 malam hingga awal pagi berdasarkan beberapa hantaran yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Dentuman kuat kali terakhir dilaporkan berlaku di kawasan sama pada 18 Jun tahun lalu yang sehingga kini punca bunyi yang terhasil masih belum dikenal pasti.
Seorang pengguna Facebook, Nur Khaleisah mendakwa dia mendengar letupan itu di Kampar sehingga menyebabkan sliding door di rumahnya bergegar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianDakwaan bunyi terhasil daripada aktiviti kuari dinafi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak
Pengarah JMG Perak, Nizarulikram Abdul Rahim berkata setakat tengah hari tadi, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan dakwaan fenomena itu.
Menurutnya, walaupun dakwaan tersebut tidak membabitkan penerimaan aduan oleh JMG Perak sebaliknya hanya berbentuk hantaran tular media sosial, semakan tetap dibuat pihaknya dengan beberapa pihak lain termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Dapatan melalui semakan setakat ini menafikan dakwaan bunyi itu terhasil daripada aktiviti operasi kuari selain juga tidak berkait dengan aktiviti seismik.
"Aktiviti peletupan kuari hanya dibenarkan bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang antara Isnin hingga Jumaat. (Dakwaan) letupan kali ini bagaimanapun berlaku tengah malam atau awal pagi yang tentunya bukan dari kuari.
"Saya juga sudah hubungi METMalaysia dan maklumbalas mereka menyatakan alat pengesan seismik mereka juga tidak mengesan sebarang aktiviti seismik yang menyebabkan gegaran atas permukaan bumi di sekitar Ipoh dan Kampar," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 