Legenda Hoki Negara, Dato’ Mirnawan Nawawi Kini Dilantik Sebagai Duta Rasmi Gel Amani

Katanya, dia turut menjadi pengguna Gel Amani sejak 10 tahun lepas untuk melegakan sakit otot dan sendinya.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Amanilife mengumumkan langkah strategik baharu mereka dengan memperkenalkan Legenda Hoki Negara Dato' Mirnawan Datuk Nawawi, sebagai duta rasmi Gel Amani dalam satu sidang media yang diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam baru-baru ini

Untuk rekod, Gel Amani merupakan produk ubat sapuan yang telah berada di pasaran sejak tahun 2014, terkenal sebagai produk pilihan untuk membantu melegakan sakit otot dan sendi seperti tengkuk, bahu, pinggang dan lutut.

Dengan mutu dan kualiti yang mematuhi piawaian antarabangsa, Gel Amani terus menjadi pilihan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan atlet, warga emas, dan individu yang aktif.

Pelantikan Dato' Mirnawan sebagai duta produk Gel Amani menjadi simbolik penting kepada Amanilife. Dikenali sebagai 'The Boss' hoki Malaysia, Dato' Mirnawan merupakan bekas Kapten Pasukan Hoki Kebangsaan dan pernah membawa pasukan ke beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000.

SAYS.com

Legenda Hoki Negara Dato' Mirnawan Datuk Nawawi

Image via Solusi Amani Life

"Saya telah menggunakan Gel Amani sejak sekian lama sejak 10 tahun lepas lebih-lebih lagi sebelum dan selepas melakukan aktiviti sukan. Gel ini amat membantu melegakan otot mengurangkan risiko kecederaan serta memastikan saya kekal aktif.

"Saya juga tertarik dengan status produk ini yang halal dan selamat digunakan oleh semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya yang juga kini aktif dalam sukan pickleball.

Gel Amani telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pengarah Eksekutif Amanilife, Tuan Leo Adi Putra berkata, pemilihan Datoʼ Mirnawan bukan sahaja berdasarkan reputasinya sebagai ikon sukan malah kerana kepercayaan beliau sendiri terhadap keberkesanan Gel Amani.

"Beliau ialah figura yang dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Selain mewakili golongan berusia 45 tahun ke atas yang sering berdepan masalah otot dan sendi Dato' Mirnawan juga sudah lama menggunakan produk ini.

"Kolaborasi ini memberi makna besar buat kami dalam misi memperluaskan pasaran ke luar negara seperti Indonesia, Brunei dan beberapa negara di Timur Tengah yang sudah menunjukkan minat," katanya.

SAYS.com

Pengarah Eksekutif Amanilife, Tuan Leo Adi Putra

Image via Solusi Amani Life

Dalam pada itu, Amanilife menekankan bahawa Gel Amani adalah produk yang berdaftar dengan KKM dan disahkan halal oleh JAKIM, sekali gus memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk ini dihasilkan mengikut piawaian halal dan selamat digunakan seisi keluarga.

"Hari ini bukan sekadar soal duta tetapi misi Amanilife lebih besar mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan otot kerana ia bukan sahaja memberi kesan fizikal malah mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi.

"Kami mahu lebih ramai menikmati hidup sihat dan aktif tanpa dibelenggu masalah otot dan sendi," ujarnya lagi.

Sebagai rekod, produk Gel Amani kini ditawarkan pada harga terkini iaitu RM27 bagi isipadu 30ml dan RM37 bagi 600ml.

Penetapan harga ini dibuat bagi memudahkan lebih ramai orang menikmati manfaat produk ini serta memberi nilai tambah kepada pelanggan setia yang membuat pembelian berulang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: