Kutipan Tayangan Blood Brothers: Bara Naga Kini Cecah RM50 Juta Selepas 14 Hari Di Pawagam

Yang tak tengok lagi tu, book tiket sekarang layan weekend ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blood Brothers
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem Blood Brothers: Bara Naga sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya mencatat kutipan luar biasa mencecah RM50 juta selepas 14 hari tayangan termasuk tayangan awal!

Sejak mula ditayangkan, pelbagai reaksi dan maklum balas positif membanjiri media sosial. Malah, ada penonton yang sanggup kembali ke pawagam semata-mata untuk menyaksikan semula babak paling viral, babak pembukaan 10 minit pertama yang katanya memang tak boleh dilepaskan!

Turut berkongsi mengenai kejayaan ini, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.

"Kami amat bersyukur melihat kutipan yang terus meningkat dan kini mencapai tahap yang begitu luar biasa. Ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada penonton Malaysia.

"Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong filem ini dari awal hingga sekarang," ujar mereka.

Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Image via Blood Brothers

Bukan sekadar filem aksi, tetapi sebuah pengalaman sinematik yang hanya dapat dirasai sepenuhnya di pawagam

Dengan visual yang memukau, kesan bunyi yang menggegarkan, dan babak-babak yang penuh emosi, filem ini benar-benar hidup di layar besar.

Pengalaman luar biasa ini takkan mampu disampaikan melalui platform OTT atau di kaca TV. Setiap detik di pawagam menyatukan penonton dalam suasana yang mendalam, rasa tegang yang dikongsi bersama, momen sunyi yang menyebabkan seluruh dewan terdiam, dan babak yang mencetuskan tepukan gemuruh.

Lebih menarik, Primeworks Studios kini berkongsi babak eksklusif yang mesti ditonton. Walaupun klip pendek sudah cukup mengujakan, bayangkan betapa seronoknya menonton versi penuh di pawagam!

Babak eksklusif dari scene fighting pertama yang dimuat naik ke Instagram ini malah telah mencuri tumpuan ramai. Walaupun hanya ditonton di skrin telefon, ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam.

Namun, untuk merasai sepenuhnya kesan sebenar, penonton disarankan untuk menyaksikannya di pawagam, di mana setiap perincian dalam Blood Brothers: Bara Naga dicipta untuk layar besar, memberikan impak yang tiada tandingan dalam suasana panggung yang penuh imersif.

Ini lebih daripada sekadar tontonan, ini adalah sebuah pengalaman seumur hidup yang hanya dapat dirasai di pawagam dan tiada tandingannya di tempat lain!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: